Angkatan_Tentera_Rusia
Angkatan_Tentera_Rusia

Angkatan_Tentera_Rusia

Angkatan Peluru Berpandu Strategik
Angkatan Airborne
Pasukan Operasi KhususAngkatan Tentera Persekutuan Rusia (Bahasa Rusia: Вооружённые Си́лы Росси́йской Федера́ции, tr. Vooruzhonnije Síly Rossíyskoj Federátsii), lebih dikenali sebagai Angkatan Tentera Rusia adalah angkatan bersenjata bagi Persekutuan Rusia, ditubuhkan selepas pembubaran Kesatuan Soviet. Pada 7 Mei 1992, Boris Yeltsin menandatangani perintah presiden menubuhkan Kementerian Pertahanan Rusia dan meletakkan semua pasukan Angkatan Tentera Soviet di wilayah Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dibawah kawalan Rusia.[4] Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera ialah Presiden Rusia. Angkatan Tentera Rusia telah dibentuk pada tahun 1992. Ia merupakan salah sebuah angkatan tentera terbesar di dunia. Menurut Credit Suisse, Rusia mempunyai tentera kedua paling kuat di dunia.[5] Ia juga merupakan pengeksport senjata kedua terbesar dunia.[6]Dibawah undang-undang persekutuan Rusia, ATRu bersama dengan Pasukan Sempadan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB), Pengawal Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri (MVD), Perkhidmatan Perlindungan Persekutuan (FSO), Perkhidmatan Perisikan Asing (SVR), dan pertahanan awam EMERCOM membentuk perkhidmatan tentera Rusia dan adalah dibawah kawalan langsung Majlis Keselamatan Rusia.

Angkatan_Tentera_Rusia