Anhui
Anhui

Anhui

Koordinat: 31°50′N 117°0′E / 31.833°N 117.000°E / 31.833; 117.00031°50′N 117°0′E / 31.833°N 117.000°E / 31.833; 117.000 Anhui (bantuan·maklumat) (Bahasa Cina: 安徽; pinyin: Ānhuī; Ejaan peta pos: Ngan-hui, Anhwei atau An-hwei) ialah sebuah wilayah Republik Rakyat China yang terletak di bahagian timur China, melintasi lembangan Sungai Yangtze dan Sungai Huaihe. Anhui bersempadan dengan Jiangsu di timur, Zhejiang di tenggara, Jiangxi di selatan, Hubei di barat daya, Henan di barat laut, dan Shandong di utara. Ibu wilayahnya ialah Hefei.Nama "Anhui" berasal dari nama dua buah kota di bahagian selatan Anhui, iaitu Anqing dan Huizhou (kini Bandaraya Huangshan). Singkatan untuk Anhui ialah "Wan" (Bahasa Cina: 皖; pinyin: wǎn), kerana dalam sejarah terdapat sebuah Negeri Wan, sebuah Gunung Wan, dan sebatang Sungai Wan di wilayah ini.