Animal_Farm
Animal_Farm

Animal_Farm

Animal Farm[1] ialah sebuah novel pendek satira (yang juga boleh dianggap sebagai suatu dongeng atau alegori) yang ditulis oleh George Orwell mengenai sekumpulan binatang yang menggulingkan manusia daripada ladang yang didiami mereka. Mereka sendiri mengendalikan ladang itu, hanya untuk melihat keadaan merosot menjadi suatu kezaliman pada dirinya. Buku ini ditulis semasa Perang Dunia II dan diterbitkan pada tahun 1945, walaupun ia tidak mencapai kejayaan sehingga akhir dekad 1950-an.Animal Farm ialah alegori satira tentang totalitarianisme Soviet. Peristiwa-peristiwa utama dalam buku ini mendasarkan peristiwa-peristiwa Kesatuan Soviet semasa era Stalin. Orwell, penyokong sosialisme demokratik serta ahli Parti Buruh Bebas selama banyak tahun, adalah pengkritik Stalin. Beliau mengesyaki Stalinisme yang dipandu oleh Moscow selepas pengalamannya dalam Perang Saudara Sepanyol.