Animasia_Studio

Animasia Studio Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat animasi Malaysia yang mengkhususkan dalam kandungan animasi dan reka bentuk multimedia yang disasarkan pada rangkaian TV utama di seluruh dunia. Ditubuhkan pada 2005, Animasia menumpukan perhatian fokus utama termasuk Pembangunan Kandungan Kreatif di mana mereka mengkhususkan dalam Animasi, Pembangunan Aplikasi & Permainan Video Mudah Alih, Komik Digital, Penerbitan Audio, dan Perniagaan Pelesenan Karakter yang merangkumi pelesenan promosi, acara berlesen & pelesenan produk.[1][2]