Animonsta_Studios
Animonsta_Studios

Animonsta_Studios

Animonsta Studios Sdn. Bhd. (atau Animonsta sahaja) ialah sebuah syarikat animasi Malaysia yang mengembangkan kandungan kreatif untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa. Syarikat ini diasaskan pada 15 September 2009 oleh Mohd Nizam Abd Razak bersama tiga rakannya yang lain, iaitu Muhammad Anas Abdul Aziz, Mohd Safwan Abd Karim dan Kee Yong Pin.Ibu pejabatnya terletak di Cyberjaya[1], Animonsta menerima status MSC Malaysia pada 2011. Bermula 2014, syarikat ini juga dikenali sebagai Monsta. Logo Animonsta Studios memaparkan seekor raksasa kecil berwarna hijau sedang menggigit huruf O.

Animonsta_Studios

Industri Media dan Hiburan
Perancang utama Mohd Nizam Abd Razak (Pengasas Bersama & Pengarah Urusan)
Mohd Safwan Abd Karim (Pengasas Bersama & Pengarah Eksekutif)
Muhammad Anas Abdul Aziz (Pengasas Bersama & Pengarah Kreatif)
Kee Yong Pin (Pengasas Bersama & Pengarah Operasi)
Ibu pejabat Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Pengasas Mohd Nizam Abd Razak
Muhammad Anas Abdul Aziz
Mohd Safwan Abd Karim
Kee Yong Pin
Laman sesawang monsta.com
Keluaran Animasi CGI
Ditubuhkan 15 September 2009; 10 tahun yang lalu (2009-09-15)
Jenis Animasi