Anita_Sarawak
Anita_Sarawak

Anita_Sarawak

Anita Sarawak (lahir 23 Mac 1952 [1]) atau Ithnaini binte Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura berketurunan Melayu (walaupun kampung halaman asalnya kesemuanya yang terletak di Malaysia seperti di Temerloh, Pahang, iaitu kampung sebelah bapanya, Dato' S. Roomai Noor dan juga Kuching, Sarawak serta Georgetown, Pulau Pinang, iaitu kampung sebelah ibunya, Siput Sarawak), dan pernah menerima anugerah dari "Asian Entertainment Establishment" kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai 'Dewi Utama' (The Top Diva) di Asia.Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain M.Nasir, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza IdrisDilahirkan oleh seorang penerbit filem dan pelakon terkenal dan ibunda yang merupakan seniwati filem Melayu yang masyhur iaitu Allahyarham S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak. Ibubapanya berpisah apabila Anita berusia sembilan bulan. Dia merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Roomai Noor dan Siput Sarawak,[2] mempunyai 15 adik beradik angkat, termasuk pelakon dan bekas model terkemuka Noor Kumalasari. Anita memulakan kerjayanya sebagai penyanyi sewaktu dia berumur lima belas tahun di Singapura. Ibundanya selalu mengiringinya. Akhirnya, Anita ditemui oleh EMI Records dan mencapai satu tempoh yang amat berjaya, mencatatkan satu kejayaan demi satu kejayaan dengan nyanyian solonya. Dia telah banyak kali menerima anugerah piring emas.Setelah mencapai kemasyhuran di Asia, pada 1985 Anita meninggalkan Singapura untuk menuju ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesar's Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termasyhur di dunia. Tanpa dirancang, kerjayanya di sana berlangsung selama hampir 20 tahun, satu rekod di Las Vegas. Popularitinya disebabkan oleh usahanya dalam sentiasa mengubah gaya persembahan. Selain daripada mengimbangkan persembahan lagu-lagu klasik dan lagu-lagu sezaman, Anita juga terpaksa untuk sering menukar pemain-pemain muzik dalam pancaragamnya, American Dream, sesuatu tindakan yang amat dikesalinya. Bagaimanapun, Anita dibantu oleh pengarah muzik, Nate Wingfield, yang mempunyai reputasi yang dapat menarik pemain-pemain terbaik dalam dunia muzik.Selepas hampir 20 tahun di luar negeri, Anita kemudian memutuskan pulang ke Singapura dan menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya sebagai penghibur. Sebelum menerima tawaran menjadi hos TV di Malaysia, Anita banyak mengacarakan rancangan2 hiburan Inggeris dan Melayu di Mediacorp TV & SURIA CHANNEL di Singapura antaranya seperti :Bila ditanyai saatnya yang amat berbangga, Anita telah menujukan kepada empat peristiwa dalam kehidupannya, iaitu:Kini, Anita mempunyai sitcom sendiri dan ingin menumpukan masanya dalam bidang filem. Selain daripada persembahan-persembahannya di hadapan penonton, dia amat sibuk dengan kerja amal. Bagaimanapun, Anita juga telah melancarkan barang kemas sendiri yang digelarkan "Anita Sarawak, Koleksi Cinta". Anita sudah menghasilkan banyak album EP dan LP dari 1969 dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dalam tahun 1975 , Anita berduet dengan Ismail Haron, dan membentuk pasangan duet yang ideal ketika itu. Maka lahirlah album Ismail & Anita. Judul dan lagu-lagu di bawah ini adalah seglintir sahaja.Pada tahun 2008, Anita telah diberi Anugerah OXCEL (The Oxford Centre for Leadership) Lifetime Achievement Award di OXCEL International Conference. Anugerah itu mengiktiraf kejayaan sebagai professional yang berjaya bukan sahaja di Asia tetapi juga di Las Vegas, USA.

Anita_Sarawak

Pekerjaan Penyanyi, pelakon, pengacara
Ibu bapa Dato' S. Roomai Noor
Siput Sarawak
Pasangan Mohamed Abdul Samad,
Broery Marantika,
James Dean Nicholson,
Mohammad Mahathir Abdullah
Tahun aktif 1966–2010
Saudara Noor Kumalasari (Adik sebapa lain ibu)
Kelahiran Ithnaini Mohd Taib
(1952-03-23) 23 Mac 1952 (umur 67)
Singapura

Rujukan

WikiPedia: Anita_Sarawak http://jaggat.fotopages.com/?entry=750128 http://allmalaysia.info/news/story.asp?file=/2005/... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://surf.to/anitasarawak https://www.discogs.com/Anita-Ismail-Keluarga-Baha... https://www.discogs.com/Anita-Ismail-Kesah-Dol-Dan... https://www.discogs.com/Anita-Live-At-The-Mandarin... https://www.discogs.com/Anita-Sarawak-Anita/releas...