Anjing
Anjing

Anjing

Canis familiaris Linnaeus, 1758[3][4]Anjing bela jinak (Tulisan Jawi: انجيڠ بلا جينق; Canis lupus familiaris apabila dianggap sebagai subspesies bagi serigala atau Canis familiaris apabila dianggap sebagai spesies tersendiri)[5] merupakan salah satu anggota bagi genus Canis, yang membentuk sebahagian daripada canid-canid keserigalaan,[6] dan merupakan karnivor darat yang paling banyak.[7][8][9][10][11] Anjing dan serigala kelabu yang ekstan merupakan takson-takson bersaudara[12][13][14] kerana serigala moden tidak berkait rapat dengan serigala yang pertama kali dibelajinakkan,[13][14] yang menandakan bahawa leluhur langsung bagi anjing telah pupus.[15] Anjing merupakan spesies pertama yang dibelajinakkan[14][16] dan telah dibiakbakakan secara terpilih selama beralaf-alaf untuk pelbagai tingkah laku, kemampuan deria, dan sifat fizikal.[17]Hubungan panjangnnya dengan manusia telah menyebabkan anjing menjadi sesuai secara unik terhadap tingkah laku manusia[18] dan anjing mampu berkembang atas pemakanan yang kaya dengan kanji yang sepatutnya tidak cukup untuk spesies canid lain.[19] Anjing sangat berbeza-beza dari segi rupa bentuk, saiz, dan warna.[20] Anjing memainkan banyak peranan untuk manusia, seperti perburuan, penggembalaan, penarikan muatan, perlindungan, pembantu polis dan ketenteraan, teman, dan, lebih kini, pembantu individu kurang upaya dan peranan terapi. Pengaruh ini terhadap kemasyarakatan manusia telah memberinya nama gelaran "sahabat baik manusia".

Rujukan

WikiPedia: Anjing http://php.med.unsw.edu.au/embryology/index.php?ti... http://www.fci.be/ http://www.hlthss.gov.nt.ca/english/services/healt... http://injuryprevention.bmj.com/content/2/1/52.ful... http://www.cpvh.com/2011/07/27/gestation-in-dogs/ http://dogtime.com/diseases-shared-by-humans-pets-... http://veterinarycalendar.dvm360.com/canine-estrou... http://veterinarynews.dvm360.com/dvm/Working+with+... http://www.entirelypets.com/toxicfoods.html http://www.ancient.eu.com/article/184/