Anna_Akhmatova
Anna_Akhmatova

Anna_Akhmatova


Anna Akhmatova (1889-1966) - penyair dan penterjemah Rusia, salah seorang penyair terkemuka daripada aliran sastera Abad Perak. Dilahirkan di Odessa. Ayahnya Andrey Antonovich Gorenko adalah kakitangan kerajaan, ibunya Inna Erazmovna Stogova sama seperti ayahnya adalah daripada golongan bangsawan. Menjadi terkenal setelah kumpulan puisi pertamanya diterbitkan pada tahun 1912 (Vecher - Petang) dan 1914 (Chyotki - Tasbih). Selepas Revolusi 1917, pihak berkuasa mengecam karyanya kerana tidak mengagungkan komunisme dan terhad hanya kepada tema cinta dan ketuhanan. Selepas tahun 1923, bekas suaminya dihukum mati atas tuduhan “komplot antikerajaan” ia sebagai penyair mengalami masa susah kerana karyanya tidak diterbitkan. Dia terpaksa mencari nafkah hidupnya dengan melakukan kerja terjemahan (karya Victor Hugo, Rabindranath Tagore, Giacomo Leopardi). Pada tahun 1935-1940 Akhmatova menciptakan puisi panjang Requiem yang mendedahkan penderitaan orang biasa di bawah kekuasaan Soviet (diterbitkan baru pada tahun 1987). Selepas Perang Dunia II, dia dikecam lagi dan dibuang daripada Persatuan Penulis Soviet. Selepas matinya J. Stalin pada tahun 1953, nama baik Akhmatova pulih semula. Dia menjadi penyair berwibawa dan disegani.

Anna_Akhmatova

Pekerjaan penyair, penterjemah, pengarang memoir
Pergerakan sastera akmeisme
Nama pena Anna Akhmatova
Tempoh 1906 -
Genre sajak