Anta_Permana

"Anta Permana" merupakan lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada 21 September 2018.[1] Lagu ini ialah hasil nukilan sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Hael Husaini. "Anta Permana" diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa makna tidak terkira atau infiniti.[2][3]"Anta Permana" ialah single kedua yang dikeluarkan oleh Siti pada 2018, selepas "Comel Pipi Merah" yang dikeluarkan pada Mac. Pada Mei 2019, ia meraih 11 pensijilan platinum dengan lebih 14 juta tontonan di YouTube.[4]

Rujukan

WikiPedia: Anta_Permana http://musicweekly.asia/charts/top-30-singles-char... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://www.gempak.com/artikel/12011/kali-pertama-d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/siti-raih-11-plati... http://www.kosmo.com.my/terkini/anta-permana-dapat... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.utusan.com.my/hiburan/anta-permana-siti... http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/22... http://www.rim.org.my/main/images/stories/RIM/Char... https://itunes.apple.com/hk/album/anta-permana-sin...