Antanom
Antanom

Antanom

Antanum atau Antanom (nama penuh Ontoros Antanom) (1885 – 1915) ialah pahlawan Murut yang terkenal dan perkasa[perlu rujukan] dari Borneo Utara (kini Sabah), Malaysia yang menurut sejarah lisan tempatan didakwa memiliki kuasa sakti. Oleh itu, dia telah menerima sokongan daripada ketua dan penduduk dari kampung sekitar Keningau, Tenom, Pensiangan dan Rundum lalu mendorong kepada kebangkitan Rundum menentang Syarikat Borneo Utara British tetapi telah terbunuh semasa pertempuran dengan tentera syarikat di Sungai Selangit berhampiran Pensiangan.[1]