Menyeluruh Antropologi

Anthropologi secara tradisi telah dibahagi kepada empat bidang kecil, setiap satu dengan lanjutan cabangnya sendiri: Anthropologi biologi atau anthropologi fizikal, anthropologi masyarakat atau anthropologi budaya, arkeologi dan anthropologi bahasa.[3] Bidang-bidang ini sering kali bertindan, tetapi cenderung menggunakan teknik dan methodologi yang berbeza.

Anthropologi biologi atau anthropologi physikal, menumpu pada kajian berkait dengan populasi manusia dengan menggunakan kerangka evolusi.. Anthropologi biologi mencipta teori tentang bagaimana bumi diduduki manusia (contoh. Pertikaian antara "Teori Datang dari Afrika" dengan "Asal manusia moden pelbagai region"), termasuk juga cubaan menjelaskan variasi manusia berciri geografi dan ras. Ramai anthropologi biologi yang mengkaji populasi manusia mengenal pasti bidang mereka sebagai ekologi manusia – ia sendiri berkait dengan sosialbiologi. Ekologi manusia menggunakan teori evolusi bagi memahami fenomena dikalangan populasi manusia kini. Sektor besar lain dalam anthropologi biologi adalah primatologi, di mana anthropologis menumpu bagi memahami populasi primate lain. Secara methodologi, primatologis banyak meminjam dari bidang biologi dan ekologi dalam penyelidikan mereka.

Anthropologi budaya juga dikenali sebagai antropologi sosio-budaya atau anthropologi sosial (terutama di Great Britain). Ia merupakan kajian budaya, dan sering kali berasaskan ethnografi. Ethnografi boleh merujuk kepada kedua-dua methodologi dan hasil kajian, terutamanya monograf atau buku. Ethnografi merupakan kaedah dasar, inductive, yang banyak bergantung pada penyertaan -pemantauan. Ethnologi membabitkan perbandingan bersistematik budaya berlainan. Proses penyertaan-pemantauan amat berguna terutama bagi membantu memahami budaya dari sudut pandangan emik; yang jika tidak tidak mungkin dapat dicapai dengan semata-mata membaca buku. Di sesetengah negara Eropah, kesemua anthropologi budaya dikenali sebagai ethnologi (istilah yang dicipta dan ditakrif oleh Adam F. Kollár pada 1783).[9]

Kajian berkaitan kekeluargaan dan organisasi sosial merupakan tumpuan utama bagi anthropologi budaya, kerana kekeluargaan adalah sifat manusia sejagat (“human universal”). Anthropologi budaya turut merangkumi organisasi ekonomi dan politik, undang-undang dan penyelesaian pertelingkahan, pola penggunaan dan pertukaran, budaya material, teknologi, kemudahan asas, hubungan gender, ethnik, penjagaan anak dan kemasyarakatan, ugama, mitos, simbol, nilai, adapt sopan, pandangan melihat dunia, sukan, muzik, zat permakanan, riadah, permainan, makanan, perayaan, dan bahasa (yang juga merupakan objek kajian dalam anthropologi bahasa).

Arkeologi merupakan kajian tentang budaya material manusia, termasuk artifak (bahagian silam kebudayaan manusia) yang dikumpul dengan cermat in situ, barangan muzium dan sampah moden [10] Ahli arkeologi bekerja sama dengan para antropologi biologi, ahli sejarah seni, makmal fizik (untuk pentarihan), dan muzium. Mereka ditugaskan untuk mengekalkan keputusan penggalian mereka dan sering dilihat di muzium. Biasanya, para arkeologi dikaitkan dengan "penggalian," atau pembongkaran lapisan tapak purba.

Arkeologi membahagi masa kepada tempoh budaya berdasarkan artifak yang kekal lama: Zaman Paleolitik, Neolitik, zaman gangsa, yang dibahagi selanjutnya menurut tradisi dan artifak kebudayaan daerah, seperti Oldowan atau Gravettian. Dengan cara ini, arkeologi memiliki rangka rujukan yang luas untuk kawasan yang telah dilalui manusia, cara mereka mencari nafkah, dan demografi mereka. Arkeologi juga menyiasat zat, simbolisasi, seni, sistem penulisan, dan sisa-sisa fizikal aktiviti budaya manusia yang lain.

Antropologi bahasa berusaha untuk memahami proses perhubungan manusia, lisan dan bukan-lisan, perbezaan dalam bahasa merentasi masa dan ruang, penggunaan bahasa dalam masyarak, dan kaitan antara bahasa dan budaya. Ia merupakan cabang antropologi yang membawa kaedah linguistik untuk menangani masalah antropologi, menghubungkan analisis bentuk-bentuk linguistik dan proses penafsiran proses sosial budaya. Antropologi bahasa sering merujuk bidang berkaitan termasuk sosiolinguistik, pragmatik, linguistik kognitif, semantic, analisis wacana, dan analisa narasi. [11]

Antropologi bahasa dibahagi kepada bidang kecilnya sendiri: Linguistik deskriptif pembangunan tata bahasa dan leksikon untuk bahasa dipelajari; linguistic sejarah, termasuk pembinaan semula bahasa masa silam, dari mana bahasa yang kita gunakan berasal; ethnolinguistik, kajian tentang hubungan antara bahasa dan budaya, dan sosiolinguistik, kajian tentang fungsi bahasa dalam masyarakat. Antropologi bahasa turut menekankan berkaitan evolusi bahagian otak yang mengendali bahasa. [12]

Oleh kerana antropologi berkembang dari banyak usaha berbeza (lihat Sejarah Anthropologi), termasuk tetapi tidak terhad kepada mengumpul fosil, penjelajahan, menghasilkan filem dokumentari, paleontologi, primatologi, pengendalian barangan antic dan kurator, filologi, etimologi etymology, genetik, analisa serantau, Etnologi, sejarah, falsafah dan kajian agama,[13][14] ia adalah sukar bagi mencirikan keseluruhan bidang dalam rencana ringkas, sungguhpun usaha untuk menulis sejarah keseluruhan bidang ini telah diusahakan.[15]

Di suatu pihak, keadaan ini telah menyebabkan ketidakstabilan di banyak jabatan antropologi Amerika Syarikat, menyebabkan penyusunan semula bahagian atau bidang-kecil (misalnya di Stanford, Duke, dan Harvard).[16] Namun, jika dilihat dari segi positif, antropologi adalah salah satu sebahagian tempat kecil di universiti Amerika di mana bidang kemanusiaan, sosial, dan sains alam dipaksa untuk bersekemuka sesame sendiri. Dengan itu, antropologi juga telah menjadi pusat kepada pembangunan beberapa lapangan antara bidang (akhir abad ke-20) seperti sains kognitif, kajian global, pergaulan manusia-komputer, dan berbagai kajian etnik.