Antropomorfisme
Antropomorfisme

Antropomorfisme

Antropomorfisme ialah atribusi sifat manusia, atau yang dikatakan sebagai[1][2], pengecaman ciri-ciri manusia dalam mahkluk bukan manusia, fenomena alam, benda-benda material atau konsep abstrak. Misalnya, haiwan tumbuhan, dan kuasa alam seperti angin, hujan atau suria yang digambarkan sebagai makhluk berdorongan manusia yang berakal dan boleh bercakap. Istilah ini berasal dari gabungan dua perkataan Yunani, iaitu ἄνθρωπος (ánthrōpos), "manusia" dan μορφή (morphē), "bentuk".Antropomorfisme utuh sekali hubung kaitnya dengan kesenian dan sastera kerana berakar umbi dari zaman purba. Kebanyakan budaya di dunia mempunyai tradisi cerita teladan yang menampilkan haiwan bersifat manusia sebagai watak yang mempamerkan pelbagai lagak perilaku manusia. Misalnya, watak-watak haiwan dalam cerita rakyat Sang Kancil yang digambarkan berakal dan boleh bercakap (walaupun tinggal dalam hutan dan berkaki empat).