Templat:Use mdy datesAnugerah Akademi untuk Filem Cetera Antarabangsa Terbaik (
Bahasa Inggeris: Academy Award for Best International Feature Film; nama dahulunya:
Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik -
Bahasa Inggeris: Academy Award for Best Foreign Language Film - sehingga tahun 2020
[1]) bagi filem bukan berbahasa Inggeris, merupakan satu dari
Anugerah Akademi bagi Merit, atau lebih dikenali sebagai Oscar, yang diberikan setiap tahun oleh Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak ("Academy of Motion Picture Arts and Sciences - AMPAS") yang bertapak di Amerika Syarikat. Ia diberikan bagi wayang tayangan penuh ("feature-length") yang dihasilkan di luar Amerika Syarikat dengan trek perbualan kebanyakannya bukan
bahasa Inggeris.
80th Academy Awards – Special Rules for the Best Foreign Language Film Award. Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak. Dicapai 2 November 2007.Ketika acara Anugerah Akademi pertama diadakan pada 16 May 1929 bagi penghormatan bagi filem yang diterbitkan pada 1927
/28, tidak terdapat kategori berasingan bagi filem bahasa asing. Antara Anugerah Akademi ke-20 dan Anugerah Akademi ke-21, Akademi memberikan Anugerah Merit Akademi pada filem bahasa asing terbaik yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Anugerah ini, bagaimanapun, tidak diberikan secara tetap (tiada anugerah diberikan pada Anugerah Akademi ke-26 ("1953"), dan tidak bersaing kerana tidak terdapat pencalonan tetapi hanya satu filem dipilih setiap tahun. Bagi Anugerah Akademi ke-29 ("1956"), pertandingan Anugerah Merit Akademi, dikenali sebagai Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, dicipta bagi filem bukan berbahasa Inggeris, dan telah diberikan secara tahunan sejak itu.Tidak seperti Anugerah Akademi yang lain, Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik tidak dianugerah pada individual tertentu. Ia diterima oleh pengarah filem yang menang, tetapi dianggap anugerah bagi keseluruhan
Negara secara keseluruhannya. Dalam tahun-tahun berlalu, Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik dan sebelumnya telah diberikan hampir sepenuhnya pada filem Eropah: dari 65 Anugerah diberikan oleh Akademi sejak Anugerah Akademi ke-20 ("1947") pada filem asing, lima puluh satu diberikan pada filem Eropah, bilangan filem Eropah termasuk 14 pencalonan dan 4 kemenangan bagi filem Soviet Union dan negeri penggantinya. Ia termasuk 5 Anugerah Penghormatan Akademi Khas: 2 dimenangi oleh
Itali, 2 dimenangi oleh
Perancis dan 1 dikongsikan antara mereka bagi
Filem The Walls of Malapaga (1949). Anugerah kedua dikira hanya sekali dalam bilangan Eropah, di mana ia dua kali dalam bilangan Anugerah menurut Negara sebagaimana ditunjukkan dalam kedua-dua kiraan Pawagam di Itali dan Pawagam di Perancis. lima bagi filem Asia, Bilangan termasuk 3 Anugerah Kehormat bagi filem
Jepun, tiga bagi filem Afrika dan tiga bagi filem dari Amerika Syarikat. Pengarah filem Itali
Federico Fellini mengarah empat pemenang filem bergerak-Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik semasa hayatnya, satu rekod yang kekal tidak dicabar sehingga 2007 (sekiranya Anugerah Kehormat turut dikira, di mana rekod Fellini seri dengan rakan senegaranya
Vittorio De Sica).Negara asing terbanyak menerima anugerah adalah
Itali, dengan 10 anugerah menang, 3 Anugerah Khas dan 27 pencalonan, sementara Israel merupakan negara asing paling banyak pencalonan, 10, tanpa menang.