Anugerah Seri Angkasa 2022

Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) ialah majlis anugerah yang diadakan bagi menghargai pemain industri seni Malaysia. Ia merupakan edisi ke-35 Anugerah Seri Angkasa (ASA) dan kembali diadakan selepas enam tahun dengan tema "Kemuncak Kecemerlangan",[1] bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-50 penganjuran anugerah ini.[2] Anugerah ini mempertandingkan 72 kategori iaitu 43 kategori untuk TV dan 22 kategori untuk radio, selain turut menyediakan dua anugerah khas – Anugerah Khas Juri dan Tokoh Anugerah Seri Angkasa. ASA 2022 diadakan selama dua hari berturut-turut pada 29 dan 30 Oktober 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).[3][4] Penganjuran anugerah ini menyaksikan Radio Televisyen Malaysia menerima 30 kemenangan, Media Prima menerima 16 kemenangan dan ASTRO memperoleh 15 kemenangan.

Anugerah Seri Angkasa 2022

Tarikh 29 dan 30 Oktober 2022
Penghargaan Mengiktiraf dan menghargai tenaga kerja pemain industri seni Malaysia.
Rangkaian TV2
Disampaikan oleh Lihat di bawah
Diterbitkan oleh
  • Abdull Hadi Mohd Yusoff
  • Rashidah Ali
Laman web rasmi www.anugerahseriangkasa.gov.my
Pengacara
Diarahkan oleh Abdul Rah'man Mahadi
Lokasi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya
Tempoh tayangan 240 minit
Pencalonan terbanyak Radio Televisyen Malaysia (160)
Anugerah terbanyak Radio Televisyen Malaysia (30)
Negara Malaysia
Penaja

Rujukan

WikiPedia: Anugerah Seri Angkasa 2022 http://www.anugerahseriangkasa.gov.my https://alhijrahnews.com/tv-alhijrah-raih-tiga-anu... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pencalo... https://gempak.com/berita-terkini/anugerah-seri-an... https://gempak.com/berita-terkini/anugerah-seri-an... https://gempak.com/berita-terkini/anugerah-seri-an... https://www.myinfotaip.com/2022/10/anugerah-seri-a... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://themalaysianreserve.com/2022/10/29/asa-202... https://baskl.com.my/tahun-ke-50-penganjuran-anuge...