Anugerah_Akademi_ke-87
Anugerah_Akademi_ke-87

Anugerah_Akademi_ke-87

Majlis Anugerah Akademi ke-87 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2014 dan berlangsung pada Februari 22, 2015 di Teater Dolby, Hollywood, California. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Neil Meron dan Craig Zadan dan diarahkan oleh Hamish Hamilton.[6][7] Neil Patrick Harris mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[8]Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-6 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 8, 2014.[9] Pada Februari 7, 2015, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Margot Robbie dan Miles Teller.[10]Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) dan The Grand Budapest Hotel masing-masing memenangi empat anugerah Birdman memenangi anugerah Filem Terbaik.[11][12] Pemenang-pemenang lain termasuk Whiplash dengan tiga anugerah manakala American Sniper, Big Hero 6, Boyhood, Citizenfour, Crisis Hotline: Veterans Press 1, Feast, Ida, The Imitation Game, Interstellar, The Phone Call, Selma, Still Alice dan The Theory of Everything memenangi satu.

Anugerah_Akademi_ke-87

Tarikh Februari 22, 2015
Pengarah Hamish Hamilton[4]
Rangkaian ABC
Penerbit Neil Meron
Craig Zadan[3]
Pengacara Neil Patrick Harris[2]
Pramajlis
  • Jess Cagle
  • Robin Roberts
  • Lara Spencer
  • Michael Strahan
  • Joe Zee[1]
Filem Terbaik Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance)
Tempoh 3 jam, 43 minit[5]
Pencalonan terbanyak Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) dan The Grand Budapest Hotel (9)
Anugerah terbanyak Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) dan The Grand Budapest Hotel (4)
Tempat Teater Dolby
Hollywood, Los Angeles, California, A.S

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Akademi_ke-87 http://www.bostonglobe.com/arts/movies/2015/02/23/... http://www.bostonglobe.com/arts/movies/2015/02/23/... http://deadline.com/2014/11/oscars-greg-berlanti-n... http://www.ew.com/article/2014/04/21/oscars-zadan-... http://www.ew.com/article/2014/08/28/harry-belafon... http://www.ew.com/article/2015/02/08/scientific-an... http://abcnews.go.com/blogs/headlines/2015/02/robi... http://oscar.go.com/ http://www.hollywoodreporter.com/news/oscars-2015-... http://www.latimes.com/local/lanow/la-me-ln-irritu...