Anugerah_Akademi_untuk_Pelakon_Wanita_Terbaik

Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik ialah sebuah anugerah dipersembahkan setiap tahun oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS). Ia diberi sebagai penghormatan kepada pelakon wanita yang menunjukkan persembahan lakonan luar biasa di dalam peranan utama semasa bekerja dalam industri filem. Majlis Anugerah Akademi Pertama diadakan pada tahun 1929 dimana Janet Gaynor memenangi anugerah ini untuk persembahan lakonan beliau di dalam filem 7th Heaven, Street Angel dan Sunrise. Katharine Hepburn merupakan pemenang terbanyak di dalam kategori ini dengan empat anugerah. Meryl Streep telah dicalonkan sebanyak 17 kali di dalam kategori ini.

Anugerah_Akademi_untuk_Pelakon_Wanita_Terbaik

Penghargaan Lakonan Terbaik oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama
Disampaikan oleh AMPAS
Laman web rasmi www.oscars.org
Negara Amerika Syarikat
Anugerah pertama 1929