Anugerah_Bintang_Popular_Berita_Harian_2009

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-23 anjuran akhbar Berita Harian. Majlis ini dilangsungkan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 April 2010 bertemakan "Cetusan Warna".[1] Raja Azura dan Sharifah Shahirah telah digandingkan bersama sebagai pengacara.Anugerah tertinggi, "Bintang Paling Popular" telah dimenangi Siti Nurhaliza. Siaran langsung menerusi TV3 dan Hot FM telah memudahkan orang ramai mengikuti perkembangannya. Pada malam anugerah, Aznil Nawawi, Faizal Ismail dan Nabil sempat mengucapkan dedikasi hadiah mereka kepada allahyarham Din Beramboi dalam ucapan penerimaan hadiah masing-masing.[2] Anugerah Bintang Paling Popular dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza yang kali terakhir memenangi anugerah tertinggi ini pada upacara tahun 2004.