Anugerah_Industri_Muzik_ke-19

Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) ialah merupakan acara penganugerahan muzik tahunan anjuranPersatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 November 2012. Jaclyn Victor mendahului senarai menerusi 8 pencalonan daripada 6 kategori, ini diikuti oleh Noraniza Idris dan Yuna dengan 6 pencalonan. Anugerah utama menjadi milik pendatang baru kumpulan Salammusik untuk Album Terbaik dan penyanyi Shila Amzah meraih trofi Lagu Terbaik.