Anugerah_Industri_Muzik_ke-20

Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) ialah merupakan acara penganugerahan muzik tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 14 Disember 2013[1]. Penyanyi Hazama Azmi mendahului senarai dengan 5 pencalonan termasuk 1 pencalonan bagi kolaborasinya dengan kumpulan Sleeq, diikuti dengan Hafiz Suip dan Amir Jahari dengan 4 pencalonan setiap satu[2]. Ketiga-tiga mereka pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia. Penyanyi Yuna juga menerima 4 pencalonan termasuk 3 pencalonan bersama menerusi kolaborasinya dengan penyanyi Aizat Amdan dan Guba. Selain itu, AIM20 juga menyaksikan penambahan satu kategori baru iaitu 'Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu'.[3]