Kontroversi Anugerah_Lawak_Warna_2013

Ketika senarai pencalonan diumumkan timbul pertikaian apabila pemenang rancangan Super Spontan 2012, Zizan Razak tidak disenaraikan oleh juri untuk bertanding dalam kategori Pelakon Komedi TV Lelaki Terbaik, sebaliknya nama Johan Yazid Lim yang memenangi tempat kedua pula tercalon. Menurut penerbit ALW, penyenaraian nama Johan ke top 5 kerana merit yang ditentukan oleh juri profesional sedangkan Zizan menang pertandingan itu dengan undian SMS penonton. Pihak Astro tidak menganggap perkara itu sebagai berat sebelah kerana mereka memberi kebebasan kepada pihak juri untuk memilih calon akhir yang terbaik[5].