Anugerah_MeleTOP_Era
Anugerah_MeleTOP_Era

Anugerah_MeleTOP_Era

Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM yang merupakan kesinambungan kepada Anugerah Era yang tidak dianjurkan sejak 2008. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini diilhamkan daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang MeleTOP". Terdapat sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi android.Kategori baru bakal diperkenalkan pada Anugerah MeleTop Era 2017 iaitu Si Cilik MeleTop yang akan melibatkan anak-anak selebriti tanah air. Anugerah ini berlangsung pada 23 April 2017. Anugerah MeleTop Era 2020 bakal memperkenalkan satu lagi kategori baru iaitu Influencer MeleTop yang menampilkan instafamous -instafamous dan youtuber tanah air.Anugerah ini akan berlangsung pada April 2020 nanti.AME 2020 juga merupakan anugerah pertama tanpa Neelofa sebagai pengacara tetap.