Anugerah_MeleTOP_Era_2015

Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang Legend"[1]. Terdapat sebanyak 18 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi Astromobile. Program ini ditaja oleh kosmetik Aurawhite. Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon lima terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai bermula pada 12 Disember 2014, 6.00 petang hingga 11 Januari 2015, 12.00 tengah hari. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 16 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi khidmat undian secara online di dua buah laman web iaitu www.meletop.com.my dan www.era.fm ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 18 Disember 2014. Seperti penganjuran sebelum ini, artis komedi masih menguasai anugerah utama iaitu dengan kemenangan Johan Yazid Lim sebagai Artis Top MeleTOP Lelaki manakala pelakon komedi baharu Ayda Jebat pula memenangi bagi kategori wanita.

Anugerah_MeleTOP_Era_2015

Tarikh 22 Februari 2015
Penghargaan Pelakon, penyanyi, juruhebah radio
Rangkaian Astro Ria
Astro Prima
Astro hitz
Astro Maya HD
Laman web rasmi www.astrogempak.com.my/meletop/AnugerahMeletopEra.aspx
Dihasilkan oleh Raqim Ahmad Ramli
Pengacara AC Mizal
Johan Yazid Lim
Nabil Ahmad
Neelofa
Zizan Razak
Lokasi Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Penaja Era FM
Negara Malaysia
Anugerah pertama 2015
Ganjaran RM 5,000 bagi setiap kategori berserta trofi
Pengacara prapersembahan Jihan Muse
Haniff Hamzah
Dahlia Shazwan
Ray