Anugerah_MeleTOP_Era_2016

Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang Legend"[1] Nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Ayda Jebat, Nabil Ahmad, Emma Maembong, Johan, Shaheizy Sam dan Syamel AF 2015 antara artis yang mendominasi carta lima pencalonan terakhir.Mereka tersenarai untuk lebih daripada tiga buah kategori bagi 16 kategori dipertandingkan yang meliputi dua kategori filem, lima kategori TV & Online, empat kategori selebriti, dua kategori radio dan tiga kategori muzik.