Anugerah_MeleTOP_Era_2018

Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang Legend"[1]. Terdapat sebanyak 18 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi Astromobile. Program ini ditaja oleh kosmetik Aurawhite. Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon lima terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 18 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi khidmat undian secara online di dua buah laman web iaitu www.meletop.com.my dan era.je ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 18 Disember 2014.

Anugerah_MeleTOP_Era_2018

Tarikh 8 April 2018
Penghargaan Pelakon, Penyanyi, Juruhebah radio
Rangkaian Astro Ria
Astro Ria HD
Astro Prima
Astro Maya HD
Astro AME18
Astro AME18 HD
Laman web rasmi Laman web rasmi
Dihasilkan oleh Raqim Ahmad Ramli
Pengacara Neelofa, Nabil Ahmad, Dibantu bersama Jihan Muse & Sherry Alhadad
Lokasi Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Negara  Malaysia
Penaja Era FM, Sinar FM, Zayan, Gegar
Anugerah pertama 2001
Pengacara prapersembahan Radin
Hani Fadzil
Fakhrul Radhi