Anugerah_Piala_Dunia_FIFA

Anugerah Piala Dunia FIFA diberi kepada pemain dan pasukan cemerlang dalam setiap kejuaraan Piala Dunia. Terdapat 4 anugerah individu, iaitu Kasut emas, Bola Emas, Anugerah Yashin dan Pemain Muda Terbaik serta 2 anugerah pasukan, iaitu Anugerah Permainan Bersih dan Pasukan Paling Menarik. Di samping itu, FIFA juga menyusun satu Pasukan Bintang Pilihan bagi setiap kejuaraan.