Anugerah_Shout!

Anugerah Shout! atau Shout! Awards ialah majlis anugerah bagi meraikan industri hiburan Malaysia yang dikatakan semakin berkembang maju. Anugerah ini menghargai individu-individu dari industri muzik, televisyen, filem, dan radio dan industri hiburan secara keseluruhannya.Anugerah ini dilancarkan pada tahun 2009 oleh stesen televisyen tempatan 8TV dengan sokongan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM); majlis penganugerahan pertamanya bakal dilangsungkan pada 17 Julai 2009 dengan menawarkan 16 anugerah termasuk "Ultimate Shout! Award".Anugerah Shout! dibahagi kepada empat kategori iaitu muzik, TV dan filem, radio dan "the works" (mereka yang terlibat dalam penggayaan penampilan para orang ternama dalam industri hiburan). Hampir setiap anugerah ini terdiri daripada lima atau enam calon, dan pemenangnya ditentukan melalui undian penonton sama ada melalui laman web atau SMS, kecuali hadiah utama "Ultimate Shout! Award" yang terpilih di kalangan semua calon oleh panel "Shout! Council" yang dilantik oleh PAIMM.