Anugerah_Skrin_2007

Edisi kesembilan Anugerah Skrin tahunan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada malam 14 Disember 2007 dan disiarkan secara langsung oleh TV3, mengiktiraf yang terbaik di kalangan drama, filem dan juga program televisyen buatan Malaysia yang disiarkan sepanjang 1 Julai 2006 – 30 Jun 2007. Pemilihan drama yang layak bertanding adalah berdasarkan kajian yang dilaksanakan AC Nielsen.TV3 juga telah menjemput terbitan-terbitan untuk stesen televisyen lain iaitu ntv7, 8TV, TV9, RTM dan juga ASTRO untuk sama-sama menghantar pencalonan bagi merebut anugerah di dalam Anugerah Skrin 2007.