Am Anugerah_Skrin_2009

Anugerah Skrin 2009 dilancarkan di sebuah sidang media di Sunway Lagoon pada November 2009,[1] dengan tema "Hikayat Seribu Satu Malam" yang kuat berunsur Arab. [2] Oleh itu, pada malam majlis pada 4 Disember 2009 di PWTC, kebanyakan hadirin termasuk kedua-dua pengacara berpakaian serba Timur Tengah untuk mengikut tema tahun ini.

Anugerah Skrin kali ini memperkenalkan anugerah baru iaitu Videografi Terbaik dalam kategori Drama.[3] Dalam kategori Penerbitan Dalaman, Rancangan Muzik Terbaik asalnya hendak diserapkan ke dalam anugerah Rancangan Hibutan Terbaik tetapi kekal sebagai anugerah berasingan di malam upacara.

Sebagai kejutan terbesar, Anugerah Khas Juri kali ini diubah menjadi "Anugerah Yasmin Ahmad" sempena memperingati jasa Allahyarham Yasmin Ahmad dalam bidang seni perfileman dan televisyen sepanjang hayatnya. Anugerah ini dikhususkan kepada bakat baru yang menyerikan industri tanah air. Penerima sulung anugerah ini ialah Jaclyn Victor (yang turut tercalon untuk Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik bagi filem Talentime).[4]