Anugerah_Skrin_2012

Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia, Anugerah Skrin yang dianjurkan buat kali ke-16. Ia berlangsung pada 9 November 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.Dengan tema 'Selami Dunia Fantasi Kami' yang bercirikan cerita dongeng, ASK2012 mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.