Anushka_Sharma
Anushka_Sharma

Anushka_Sharma

Anushka Sharma (disebut [əˈnʊʂkaː ˈʃərmaː]; lahir 1 Mei 1988)[1][2] ialah seorang pelakon dan penerbit filem India yang bekerja dalam filem Hindi. Salah seorang pelakon wanita popular dan bergaji tinggi di India, beliau telah menerima beberapa anugerah, termasuk Anugerah Filmfare, dan tampil di Forbes Asia dalam senarai 30 Under 30 mereka pada 2018.Dilahirkan di Ayodhya dan dibesarkan Bangalore, Sharma mempunyai tugas pemodelan pertama untuk pereka fesyen Wendell Rodricks pada 2007 dan kemudian berpindah ke Mumbai untuk meneruskan kerjaya sepenuh masanya sebagai model. Beliau mula berlakon di samping Shah Rukh Khan dalam filem romantik paling berjaya Rab Ne Bana Di Jodi (2008), yang melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau mencapai kemasyhuran dengan peranan lakonan dalam filem romantik Yash Raj Films, Band Baaja Baaraat (2010) dan Jab Tak Hai Jaan (2012); filem itu, di mana beliau memegang watak pembikin filem, melayakkan beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Filmfare.Sharma menerima pujian dan beberapa pencalonan lakonan menerusi lakonan sebagai wanita dihimpit oleh penjenayah dalam filem thriler jenayah 2015 NH10, yang menandakan penerbitan sulung beliau, seorang penari dalam filem drama komedi 2015 Dil Dhadakne Do, dan seorang wanita yang bersemangat bebas dalam filem drama romantik 2016 Ae Dil Hai Mushkil. Keluaran pecah panggung tertinggi Sharma hadir dengan filem drama sukan Sultan (2016), dan filem satira agama Rajkumar Hirani PK (2014) dan biopik Sanju (2018); dan tiga antara filem India dengan kutipan tertinggi.[3][4][5]Selain berlakon filem, Sharma juga ialah duta untuk pelbagai jenama dan produk dan merekabentuk jenama pakaian untuk wanita, Nush. Beliau menyokong pelbagai program amal, termasuk kesamarataan gender dan hak asasi haiwan, dan merupakan pengasas bersama syarikat penerbitan Clean Slate Films. Sharma berkahwin dengan pemain kriket Virat Kohli.[6]

Rujukan

WikiPedia: Anushka_Sharma http://boxofficeindia.com/Details/art_detail/pkhit... http://forbesindia.com/article/2015-celebrity-100/... http://www.hindustantimes.com/entertainment/tabloi... http://www.imdb.com/name/nm3087728/ http://indianexpress.com/article/entertainment/bol... http://timesofindia.indiatimes.com/entertainment/b... http://www.ibtimes.co.in/pk-movie-review-by-viewer... http://indiatoday.intoday.in/story/anushka-sharma-... http://isni.org/isni/0000000114564286 https://www.instagram.com/anushkasharma/