Anwar_Sadat
Anwar_Sadat

Anwar_Sadat

Anwar Sadat (25 Disember 19186 Oktober 1981) merupakan ahli politik Mesir dan Presiden Mesir ke-3 dari 1970 sehingga 1981. Beliau memulakan tugas sebagai Presiden Mesir dari 15 Oktober 1970 sehingga hari pembunuhan beliau pada 6 Oktober 1981 akibat serangan daripada pegawai tentera yang fundamentalis. Selama 11 tahun memerintah, beliau berjaya mengubah arah tuju Mesir dalam hal ekonomi dan politik dengan mengubah beberapa ideologi Nasserism dengan menubuhkan semula sistem pelbagai parti dan polisi ekonomi Infitah. Beliau merupakan ahli kanan Pegawai Gerakan Pembebasan, pasukan yang menggulingkan Dinasti Muhammad Ali dalam Revolusi Mesir 1952, dan teman rapat kepada Presiden Gamal Abdel Nasser, dimana beliau menggantikan Nasser sebagai presiden pada 1970. Sebagai presiden, beliau membawa Mesir dalam Perang Yom Kippur pada 1973, untuk mengambil semula tanah yang telah dijajah oleh Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967, menjadikan beliau sebagai hero kepada rakyat Mesir, dan mencipta hubungan dingin dengan Dunia Arab. Selepas itu, beliau mengadakan Rundingan Damai Kem David dengan Israel, yang membawa kepada Perjanjian Damai Mesir-Israel. Tindakan beliau itu membawa kepada kemenangan beliau untuk Anugerah Keamanan Nobel dan menyebabkan beliau menjadi tidak pupolar dikalangan negara Arab, penyingkiran Mesir dari Liga Arab dan pembunuhan beliau.