Ahli Apink

Ahli semasa

Park Cho-rong
Rencana utama: Park Cho-rong
Chorong pada bulan September 2017

Park Cho-rong (Hangul: 박초롱) lahir pada 3 Mac 1991 di Cheongju, Chungcheong Utara, Korea Selatan.[91][92] Beliau mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Chungbuk. Bapa Park memiliki sebuah pusat hapkido dan beliau mempelajari hapkido selama lapan tahun.[93] Beliau merupakan pemegang tali pinggang hitam peringkat ke–3.[94] Park menjalani uji bakat untuk JYP Entertainment pada tahun 2009 di mana beliau berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.[95] Walau bagaimanapun, beliau akhirnya tersingkir sebelum menyertai Cube Entertainment sebagai seorang pelatih.

Beliau diperkenalkan kepada orang awam melalui video muzik kumpulan Beast untuk versi Jepun lagu "Shock".[96] Di kalangan ahli-ahli Apink, beliau paling berpengalaman sebagai penulis lagu. Antara lirik lagu Apink yang ditulis oleh beliau termasuk "April 19th", "Love Story", "So Long", "Wanna Be", "Dejavu", "The Wave" dan "To. Us".

Park membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam sitkom MBC tahun 2010, All My Love.[97] Beliau kemudiannya membuat penampilan kameo di dalam drama tahun 2012, Reply 1997.[98] Pada tahun 2014, beliau mendapat watak utama pertamanya sebagai Han Soo-ah di dalam drama tvN, Plus Nine Boys.[99]

Yoon Bo-mi
Rencana utama: Yoon Bo-mi
Bomi pada bulan Februari 2016

Yoon Bo-mi (Hangul: 윤보미; Hanja: 尹普美) lahir pada 13 Ogos 1993 di Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan.[91][92] Beliau mempunyai seorang kakak, Yoon Sun-mi dan seorang adik lelaki, Yoon Jong-jin.[100] Beliau berlatih Taekwondo sejak berumur lima tahun dan merupakan pemegang tali pinggang hitam peringkat ke–3.[101] Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Perempuan Youngshin dan kemudiannya Sekolah Tinggi Seni Korea dimana beliau menamatkan pembelajaran pada bulan Februari 2012.

Pada tahun 2012, Yoon membuat penampilan kameo di dalam Reply 1997 dimana beliau melakonkan versi remaja Moon Jeong-mi.[98] Beliau juga menjadi pengacara untuk rancangan varieti, Weekly Idol bermula 17 Julai 2013 sehingga 8 Julai 2015.[102] Pada lewat tahun 2013, beliau muncul di dalam video muzik K-Hunter untuk lagu "Marry Me" dan tampil di dalam lagu M.I.B, "Let's Talk About You". Beliau dipilih sebagai ahli untuk rancangan varieti, The Human Condition pada tahun 2014 dan istimewa wanita Real Men pada awal tahun 2015.[103]

Pada tahun 2015, beliau ditampilkan dalam lagu David Oh, "I Know, I Know" yang dikeluarkan pada 11 Mei.[104] Pada 16 Jun, beliau mengeluarkan sebuah lagu duet bersama Im Seulong bertajuk "Lovely" untuk rancangan varieti, Some Guys, Some Girls.[105] Beliau kemudiannya ditampilkan dalam lagu Yoon Hyun-sang, "Let's Eat Together" yang dikeluarkan pada 24 September. Beliau juga membintangi video muzik lagu ini.[106]

Pada bulan September 2015, beliau telah dipilih untuk berlakon di drama web KBS, Love Detective Sherlock K sebagai Yuna.[107] Yoon dan Kim muncul di dalam Sugar Man sebagai pada 20 Oktober.[108] Dalam episod terakhir Weekly Idol pada tahun 2015, Yoon menjadi pengacara tetamu keempat.Pada bulan Januari, Yoon dan Kim berada dalam perbincangan untuk menjadi pengacara baru Tasty Road 2.[109] Pada bulan September 2016, beliau menyertai rancangan We Got Married bersama Choi Tae-joon.

Jung Eun-ji
Rencana utama: Jung Eun-ji
Eunji pada bulan Julai 2017

Jung Eun-ji (Hangul: 정은지; Hanja: 鄭恩地) lahir dengan nama Jung Hye-rim (Hangul: 정혜림; Hanja: 鄭慧林) pada 18 Ogos 1993 di Haeundae, Busan, Korea Selatan.[91][110] Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Perempuan Hyehwa.[111] Pada tahun 2004, Jung memenangi hadiah utama dalam program Excited Day Enjoyable Day (신나는 날 즐거운 날) diacarakan oleh saluran KBS.[112] Pada bulan November 2010, Jung melepasi ujibakat untuk menjadi penyanyi utama Apink.

Jung membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam Reply 1997 pada tahun 2012 sebagai watak wanita utama.[113] Beliau kemudiannya mempunyai peranan sokongan di dalam melodrama, That Winter, the Wind Blows (2013) serta peranan utama di dalam Trot Lovers (2014) dan Cheer Up! (2015). Beliau membuat penampilan teater muzikal pertamanya pada bulan November 2012, melakonkan watak Elle Woods di dalam Legally Blonde.[114] Pada tahun 2014, beliau melakonkan watak Han Ji-eun di dalam pementasan adaptasi drama bersiri tahun 2004, Full House.[115]

Jung telah mengeluarkan banyak lagu kolaborasi bersama penyanyi lain seperti Yang Yo-seob, Seo In-guk dan Huh Gak.[116] Beliau juga telah menyanyikan lagu runut bunyi asal untuk pelbagai drama termasuk Three Days (2014), Entertainer (2016) dan Strong Woman Do Bong-soon (2017). Jung telah mengagumkan ramai penonton menerusi keupayaan vokal beliau ketika muncul di drama program nyanyian seperti Immortal Song 2, King of Masked Singer dan Sugarman. Beliau membuat penampilan pertamanya sebagai artis solo pada 18 April 2016 menerusi album mini 'Dream'.[117]

Son Na-eun
Rencana utama: Son Na-eun
Naeun pada bulan Mac 2016

Son Na-eun (Hangul: 손나은) lahir pada 10 Februari 1994 di Seoul, Korea Selatan.[91][92] Son merupakan pelatih pertama untuk diumumkan sebagai ahli Apink pada tahun 2011. Son menghadiri Sekolah Tinggi Chungdam dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Tinggi Seni Persembahan Seoul dimana beliau menamatkan pembelajaran pada 7 Februari 2013. Beliau diterima masuk ke Universiti Dongguk pada tahun 2013.[118] Beliau telah dipilih sebagai duta universiti tersebut pada tahun 2014 bersama-sama Yoona dari Girls' Generation dan Park Ha-sun.[119]

Beliau ditampilkan di dalam video muzik Beast untuk lagu "Breath", "Beautiful" dan "I Like You The Best" pada lewat tahun 2010.[4] Beliau kemudiannya muncul di dalam video muzik Huh Gak untuk lagu "The Person Who Once Loved Me" dan "It Hurts" pada tahun 2012 serta Speed untuk lagu "Sad Promise" dan "It's Over" pada tahun 2013.Son menjadi model untuk jenama Peripera dan M-Limited.[120][121]

Son mempunyai peranan di dalam drama The Great Seer, Salamander Guru and The Shadows, Childless Comfort dan Twenty Again serta filem Marrying the Mafia 5: Return of The Family dan The Miracle.[122] Pada tahun 2016, Son mempunyai peranan di drama Cinderella and Four Knights.[123] Pada tahun 2013–2014, Son muncul di dalam We Got Married bersama-sama Taemin.[124] Beliau juga memenangi anugerah Bintang Tahunan di Anugerah Hiburan MBC.[125]

Kim Nam-joo
Rencana utama: Kim Nam-joo (penyanyi)
Namjoo pada bulan Mei 2016

Kim Nam-joo (Hangul: 김남주; Hanja: 金南珠) lahir pada 15 April 1995 di Seoul, Korea Selatan.[91][110] Pada tahun 2007, ketika berumur 13 tahun, beliau muncul di dalam iklan televisyen untuk jenama makanan kesihatan.[126] Beliau menyertai Cube Entertainment melalui uji bakat Cube Party 2010 dan merupakan salah seorang daripada ahli terakhir Apink untuk diperkenalkan sebelum kemunculan pertama kumpulan ini. Kim menghadiri Sekolah Tinggi Seni Persembahan Seoul dan menamatkan pembelajaran pada bulan Februari 2014.[127] Bersama-sama Eun-ji dan Jang Hyun-seung dari Beast, beliau mengeluarkan lagu "A Year Ago" dari projek A Cube For Season #White pada 3 Januari 2013.[128] Pada tahun 2014, beliau mempersembahkan lagu "Seoul Lonely" bersama trio hip-hop, Phantom dalam beberapa program muzik.[129] Pada tahun 2015, Kim diterima masuk sebagai pelajar di Jabatan Seni Persembahan Universiti Sungkyunkwan.[130]

Pada bulan Mac 2015, Kim menyertai Tutoring Across Generations.[131] Rancangan ini dibatalkan pada 2 April kerana kejatuhan rating.[132] Pada 2 Jun 2015, beliau mengeluarkan lagu duet bersama Yook Sung-jae bertajuk "Photograph" sebagai sebahagian daripada projek album Cube Entertainment, A Cube For Season #Blue Season 2.[133] Pada bulan September 2015, beliau telah dipilih untuk berlakon di dalam drama web, Investigator Alice yang disiarkan pada bulan Oktober dimana beliau melakonkan watak detektif Chun Yeon-joo.[134] Kim dan Yoon muncul dalam Sugar Man sebagai Apink BnN pada 20 Oktober. Beliau ditampilkan di dalam lagu Damianom "Sweet Now" yang dikeluarkan pada 28 Oktober.[135] Kim telah didedahkan sebagai penyanyi disebalik topeng 'Good Daughter Shim Cheong' semasa siaran 27 Disember King of Mask Singer.[136] Pada tahun 2016, beliau sekali lagi dipilih untuk berlakon di dalam drama Naver TV Cast, Investigator Alice Musim 2 yang disiarkan pada bulan Ogos.

Oh Ha-young
Rencana utama: Oh Ha-young
Hayoung pada bulan Ogos 2015

Oh Ha-young (Hangul: 오하영; Hanja: 吳夏榮) lahir pada 19 Julai 1996 di Seoul, Korea Selatan.[91][110] Beliau menjalani uji bakat untuk Cube Entertainment ketika berada dalam Gred 7 dan kemudiannya menjadi ahli termuda kumpulan ini.[110] Beliau menghadiri Sekolah Menengah Shinwol sehingga tahun 2012 sebelum menghadiri Sekolah Tinggi Seni Persembahan Seoul di mana beliau menamatkan pengajian pada tahun 2015.[137] Oh membuat keputusan untuk tidak menghadiri kolej selepas sekolah tinggi untuk memberi tumpuan kepada promosi Apink.[138]

Pada tahun 2013, Oh muncul di dalam video muzik Huh Gak untuk lagu "1440".[139] Beliau juga muncul bersama CNU dari B1A4 di dalam video muzik lagu Shin Bora bertajuk "Frozen".[140] Pada 30 Julai 2014, Oh ditampilkan di dalam lagu "The Best Thing I Did", sebuah lagu di dalam album mini ketiga Jiggy Dog. Juga pada tahun 2014, beliau muncul di dalam beberapa episod rancangan varieti, Weekly Idol sebagai pengacara bersama-sama Yoon Bo-mi.[141]

Untuk album penuh kedua kumpulan ini, Pink Memory, beliau menulis lirik untuk lagu "What a Boy Wants".[142] Pada bulan Ogos 2015, beliau dilantik sebagai pengacara Weekly Idol bersama-sama Mina dari AOA dan N dari VIXX. Beliau mengacara rancangan ini bersama-sama Jeong Hyeong-don dan Defconn bermula 2 September.[143]

Pada tahun 2016, Oh menyertai rancangan realiti, Law of the Jungle sebagai sebahagian daripada edisi tetamu wanita di Papua New Guinea.[144] Pada bulan November 2016, Oh telah disahkan akan membuat penampilan pertamanya sebagai pelakon di dalam drama web Brother Jeongnam (Bahasa Korea: 정남이형) yang akan disiarkan menerusi saluran KBS2 dan KBS World.[145] Tajuk drama ini kemudiannya ditukar kepada Find Her (Bahasa Korea: 그녀를 찾아줘). Drama web ini disiarkan pada 1 Mac 2017 sebanyak dua episod.[146]

Bekas ahli

Hong Yoo-kyung

Hong Yoo-kyung (Hangul: 홍유경; Hanja: 洪瑜暻) lahir pada 22 September 1994 di Seoul, Korea Selatan.[92] Beliau merupakan anak perempuan kepada Hong Ha-jong, CEO syarikat DSR Wire Corp.[147] Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Hyundai dan Sekolah Seni Persembahan Seoul.[148] Ketika berumur 11 tahun, Hong mengeluarkan CD kanak-kanak dan sebuah lagu bertajuk "Hae Tae Story". Hong menyertai Apink pada tahun 2011 dan pada bulan April 2013, beliau meninggalkan kumpulan ini untuk menumpukan pembelajaran.[149] Pada awal tahun tersebut, beliau diterima masuk ke Jabatan Persembahan Ciptaan Filem Universiti Chung-Ang.[150]

Rujukan

WikiPedia: Apink http://www.sbs.com.au/popasia/blog/2015/03/03/2015... http://www.allkpop.com/article/2011/04/netizens-di... http://www.allkpop.com/article/2015/10/b1a4-and-a-... http://www.allkpop.com/article/2015/11/a-pinks-cho... http://www.allkpop.com/article/2016/03/a-pink-is-t... http://www.allkpop.com/article/2016/04/a-pink-than... http://www.allkpop.com/article/2016/04/a-pink-to-r... http://www.allkpop.com/article/2016/09/what-did-bo... http://www.allkpop.com/article/2016/11/a-pink-to-r... http://www.allkpop.com/article/2017/04/a-pinks-eun...