Apink
Apink

Apink

Apink (Bahasa Korea: 에이핑크, Bahasa Jepun: エーピンク; juga ditulis sebagai A Pink) ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan ditubuhkan oleh Play M Entertainment (sebelum ini dikenali sebagai A Cube Entertainment[1][2] dan Plan A Entertainment[3]). Kumpulan ini debut pada tahun 2011. Kumpulan ini terdiri daripada Park Cho-rong, Yoon Bo-mi, Jung Eun-ji, Son Na-eun, Kim Nam-joo dan Oh Ha-young. Hong Yoo-kyung meninggalkan kumpulan ini pada bulan April 2013 untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran. Apink membuat penampilan pertama mereka pada 19 April 2011 menerusi album mini Seven Springs of Apink bersama lagu "I Don't Know". Pada bulan Oktober 2014, Apink mengeluarkan lagu bahasa Jepun pertama mereka, "NoNoNo". Kemenangan program muzik pertama mereka adalah dalam M Countdown pada 5 Januari 2012 menerusi lagu "My My" dari album mini kedua mereka, Snow Pink. Apink telah memenangi lebih daripada 30 anugerah muzik dan 32 anugerah program muzik. Apink telah mengeluarkan enam album mini Bahasa Korea, tiga album studio Bahasa Korea dan tiga album studio Bahasa Jepun.

Rujukan

WikiPedia: Apink http://www.sbs.com.au/popasia/blog/2015/03/03/2015... http://www.allkpop.com/article/2011/04/netizens-di... http://www.allkpop.com/article/2015/10/b1a4-and-a-... http://www.allkpop.com/article/2015/11/a-pinks-cho... http://www.allkpop.com/article/2016/03/a-pink-is-t... http://www.allkpop.com/article/2016/04/a-pink-than... http://www.allkpop.com/article/2016/04/a-pink-to-r... http://www.allkpop.com/article/2016/09/what-did-bo... http://www.allkpop.com/article/2016/11/a-pink-to-r... http://www.allkpop.com/article/2017/04/a-pinks-eun...