Apodiformes
Apodiformes

Apodiformes

Apodidae
Hemiprocnidae
Trochilidae
Untuk bentuk fosil, lihat teksApodimorphaeApodiformes adalah satu order dalam kelas burung yang terdiri dari tiga keluarga yang masih hidup iaitu: burung layang-layang (Apodidae), layang-layang berjambul (Hemiprocnidae), dan burung madu (Trochilidae). Berdasarkan taksonomi Sibley-Ahlquist, order ini membentuk superorder Apodimorphae di mana burung madu diasingkan dan membentuk order baru, Trochiliformes. Hampir 450 spesies telah dikenalpasti setakat ini, dan menjadi order yang mempunyai kepelbagaian spesies burung yang kedua banyak selepas order passerine.Apodiformes (bahasa Latin bermakna ("tiada kaki"), burung ini memiliki kaki yang kecil dan fungsi yang terhad selain dari bertenggek. Kakinya ditutupi dengan kulit licin bukannya sisik sepertimana burung-burung lain. Ciri-ciri sama yang lain adalah sayap yang panjang dengan tulang humerus pendek dan gempal (Hyman 1992). Ciri-ciri evolusi pada sayap ini memberi burung madu sayap yang ideal untuk mengapung (Mayr 2002).