Aposematisme
Aposematisme

Aposematisme

Aposematisme (daripada apo- berjauhan, dan sematik tanda/erti), barangkalinya paling dikenali dalam konteks pewarnaan amaran, merupakan sekelompok jenis adaptasi antipemangsa yang mana isyarat amaran dikaitkan dengan ketidaksedapan sesuatu mangsa kepada pemangsa yang berpotensi.[1] Ia merupakan satu bentuk isyarat "penghebahan" seperti warna bunga yang terang untuk menarik pendebunga. Isyarat amaran itu boleh berbentuk warna, bunyi, bau[2] atau sifat-sifat yang boleh diamati. Isyarat aposematik adalah bermanfaat kepada pemangsa dan mangsa sekali kerana kedua-duanya dapat menghindari bahaya.Kecenderungan untuk menjadi amat mudah diamati sambil berbeza daripada organisma yang tidak berbahaya merupakan lawan kepada kripsis, ataupun mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Aposematisme merupakan sejenis adaptasi yang berjaya sekali, sehingga organisma yang tidak berbahaya acap kali berevolusi agar memimik spesies yang aposematik, iaitu kemimikan Bates. Satu lagi tabiat yang seumpamanya ialah kemimikan Müller, iaitu spesies-spesies aposematik yang berbeza menyerupai satu sama lain.