Apple
Apple

Apple

Apple Inc., dahulunya Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik pengguna dan perisian yang berkait. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan menyokong berbagai-bagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.[4]Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard", sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik, buku audio, permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem profesional (serta juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkaitan.Diperbadankan pada 3 Januari 1977 [5], syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal dengan produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna.[6] Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang telefon pintar iPhone dan sistem video digital Apple TV-nya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.[7]Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali.[8] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan sokongan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini menggaji melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.[9]Berdasarkan alasan-alasan falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik konsumer serta juga dasar pelanggan yang setia pada tahap yang amat luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.[10]

Apple

Pendapatan operasi ▲ US$ 055.241 billion (2012)[2]
Industri
  • Perkakasan komputer
  • Perisian komputer
  • Elektronik komputer
  • Pengedaran digital
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Jumlah aset ▲ US$ 176.064 billion (2012)[2]
Bilangan kawasan 394 retail stores (setakat November 2012[update])
Pendapatan bersih ▲ US$ 041.733 billion (2012)[2]
Bilangan pekerja 72,800 (2012)[3]
Anak syarikat Braeburn Capital
FileMaker Inc.
Anobit
Jumlah ekuiti ▲ US$ 118.210 billion (2012)[2]
Perancang utama Arthur D. Levinson (Chairman)[1]
Tim Cook (CEO)
Ibu pejabat Apple Campus, 1 Infinite Loop, Cupertino, California, A.S.
Pengasas
Laman sesawang Apple.com
Keluaran
Ditubuhkan 1 April 1976; 43 tahun yang lalu (1976-04-01)
(Diperbadankan pada 3 Januari 1977)
Hasil ▲ US$ 156.508 billion (2012)[2]
Didagangkan sebagai
Perkhidmatan
Jenis Awam