Apple_DOS
Apple_DOS

Apple_DOS


Apple DOS merujuk kepada sebilangan sistem pengendalian untuk mikrokomputer siri Apple II antara tahun 1978 dan awal tahun 1983. Juga dikenali secara mudah sebagai DOS 3.x, Apple DOS mempunyai tiga lepasan yang utama, iaitu DOS 3.1, DOS 3.2, dan DOS 3.3. Ketiga-tiga lepasan itu mempunyai lepasan yang kedua untuk membetulkan pepijat, tetapi hanya lepasan DOS 3.2 yang kedua mempunyai nombor versi sendiri, iaitu DOS 3.2.1. Versi yang paling terkenal dan yang paling banyak digunakan adalah kedua-dua lepasan DOS 3.3 yang masing-masing diterbitkan pada tahun 1980 dan tahun 1983. Sebelum lepasan DOS 3.1, para pengguna Apple terpaksa bergantung kepada pita kaset audio untuk storan dan dapatan semula data, suatu kaedah yang amat perlahan, susah, dan juga tidak boleh dipercayai.

Apple_DOS

Syarikat / Pembangun Apple Computer
Keadaan Sejarah
Jenis inti Inti monolitik
Keluarga OS Apple DOS
Versi stabil terkini 3.3 (1980 (lepasan pembetulan pepijat terakhir pada 1983))
Model sumber Sumber tertutup
Lesen Perjanjian Lesen Perisian Apple