Apresiasi

Apresiasi merupakan album duet yang dipersembahkan oleh Siti Norsaida Tarudin dan Siti Nursairah Tarudin, atau lebih dikenali sebagai Saida dan Sairah, dua daripada adik-beradik Datuk Siti Nurhaliza, dan diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions sebagai peluang untuk mereka berdua menyerlahkan bakat masing-masing kepada orang awam. Album ini juga dilancarkan sempena ulang tahun ke-15 penglibatan Siti Nurhaliza dalam industri muzik tanahair, oleh itu pelancaran rasminya diadakan serentak dengan Majlis Meraikan Ulangtahun ke-15 Dato’ Siti Nurhaliza di Persada Seni pada 16 April 2010[1] (walaupun sudah berada di pasaran sejak Mac).Album ini hanya memuatkan enam lagu, iaitu satu lagu duet, dua lagu nyanyian Saida, dua nyanyian Sairah, dan satu lagu yang dinyanyikan oleh mereka berdua bersama Siti Nurhaliza dan dua adik-beradik lelaki, Ali dan Ayie, sebagai dedikasi kepada arwah bapa mereka, Tarudin Ismail, yang meninggal dunia pada 15 Februari 2009.[2]