Apries
Apries

Apries



Apries (memerintah 589-570 BCE) merupakan firaun keempat dalam dinasti ke duapuluh enam, atau dinasti Saite Tempoh Akhir.Rangka pemerintahan Apries didapati hasil penulisan sejarahwan Yunani, Herodotusdan sebahagiannya bergantung pada sejarahwan kurun pertama BCE Diodorus Soculus.Sesetengah perincian bagi kisah ini diberikan oleh kitab suci Yahudi, rujukanBabylonia, dan teks Mesir. Perbandingan dari sumber tersebut menunjukkanpengisahan klasik yang cacat pada penghujung kisah pemerintahan Apries.Isu polisi asing utama semasa tempoh pemerintahannya merupakan pengekangan perluasan Chaldean dari Timur Dekat. Pada tahun 589 BCE, Apries cuba menghentikan pengepongan Chaldean terhadap Jerusalem tetapi dikalahkan dan dihalau ke selatan.Pada tahun 582 BCE, raja Nebuchadrezzar II, raja Chaldean di Babylonia menyerang Mesir selepas kejayaan di Syria-Palestin tetapi pencerobohan tersebut meninggalkan sedikit kesan terhadap sumber sejarah. Kejayaan kempen Apries (sekitar 574-571 BCE) menentang Tyre, Sidon, dan Cyprus patut dilihat berdasarkan latar belakang tersebut; kerana ia pasti membantunya menghalang kemajuan Chaldean ke selatan, dan ia kemungkinannya membekalkan sumber ekonomi yang diperlukan bagi membiayaai perperangan.Operasi menentang Cyrene (571-570 BCE) membawa pembabitan Chaldean lebih mendalamterhadap Mesir, tetapi diluar jangkaan; Apries telah menghantar ekspedisimenyerang Cyrene, sebuah bandar Yunani di timur Libya di Mediterranean,kemungkinannya bagi menghalang pencerobohan Cyrene ke atas jajahan Libya, yangseterusnya akan mengancam perbatasan barat Mesir. Tenteranya dikalahkan dankekalahan tersebut bertukar menjadi pemberontakan machimoi, kelas tentera Mesirasal yang teruk menderita dalam pertempuran tersebut dan marah terhadap anugerahraja terhadap tentera upahan asing, terutama dari Carian dan Ionian.Tentera pemberontak yang diketuai oleh Amasis, pegawai tinggi Apries mengalahkanApries pada tahun 570 BCE di Momemphis, kemungkinannya masa kini Kom el-Hisn,tetapi Apries terlepas. Tidak diketahui samaada Apries kekal di Mesir atau telahpergi ke Babylonia bagi mendapatkan sokongan, bagaimanapun tidak lama selepas itu,Raja Nebuchadrezzar melancarkan serangan terhadap Mesir dan Apries termasuksebahagian darinya pada tahun 567 BCE dan kemungkinannya bagi memulihkan firaunyang terbuang sebagai boneka Babylonia.Pasukan tersebut dikalahkan oleh gabungan cuaca buruk dan tindakan ketenteraanMesir, dan Apries telah lemas. Dia dikebumikan dengan penuh kehormatan di makamdiraja di kuil Neith di Sais.Polisi dalamannya tidak banyak diketahui berbanding polisi luar negaranya, tetapikemungkinannya polisi Apries menurut amalan biasa. Pembinaan stela Memphite padatahun ketiga belas pemerintahannya dan kemurah hatinya pada kambing jantan Mendesmenunjukkan kegigihannya bagi mengekalkan sokongan kuil pada dirinya. Diamengekalkan polisi mengawal organisasi paderi Theban melalui perlantikan wanitadiraja sebagai teman dewa bagi Amun-Ra. Ankhnesneferibre menggantikan Nitocrisdalam peranan tersebut pada tahu 584 BCE. Stela Memphite turut menggambarkandengan jelas kegigihannya bagi beroperasi berdasarkan amalan nenek-moyang. Hanyasedikit pembinaan oleh Apries yang diketahui tetapi jelas menonjol melalui IstanaApries di Memphis yang pastinya sebuah bangunan yang mengkagumkan. Istanamenakjubkan di Sais yang disebut oleh Herodotus mungkin merupakan satu lagicontoh, tetapi ia tidak jelas samaada ia dibina oleh Apries atau dia sekadartnggal di istana tersebut.

Apries

Gelaran diraja Prenomen: Haa-ib-reMembuak Hati Ra Selamanya[1] Templat:Pharaoh Infobox Prenomen Nomen: Wah-ib-reTetap di Hati Re[2] Templat:Pharaoh Infobox Nomen Nama Horus: