Aqidah
Aqidah

Aqidah

Sebahagian daripada siri berkaitan

Islam
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • HajiMakkah • Madinah
BaitulmuqaddisAidilfitri • AidiladhaHukumAl-Quran • Sunnah • HadisSejarahGaris Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • KhilafahTokoh IslamMuhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
MazhabAhli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • PolitikLihat jugaKritikan • Islamofobia
GlosariAqidah (العقيدة) dari segi bahasa (etimologis) berasal dari Bahasa Arab (عَقَدَ) yang bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu.Menurut istilah (terminologis) 'aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.Pengertian aqidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada Allah SWT yakni mengakui kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya Allah SWT sebagai Rabb (رب), Malik (ملك), dan Ilah (إله) seperti dapat dilihat dalam Surah Al-Fatihah ayat 1, 3, 4, Surah An-Nas ayat 1, 2, 3. Ada umat Islam yang membahagikan Tauhid kepada 3 untuk mudah difahami iaitu Uluhiyah , Rububiyah dan Asma Wa Sifat yakni ajaran wahabi. Pembahagian ini boleh dianggap bidaah tidak seperti rukun Islam dan rukun Iman yang jelas dinyatakan oleh Nabi SAW dalam hadith Sahih. Ada pula yang berpegang pada fahaman As Ariyah dan Maturidiyah (ASWJ). Fahaman yang diasaskan oleh imam Abu Hassan Asha'ari dan dilengkapkan oleh imam Al Maturidi ini sebenarnya tidak ditinggalkan oleh Imam Abu Hassan Asha'ari pada suatu ketika beliau masih hidup (seperti didakwa kelompok Wahabi). Kisah sebenar semasa beliau menanggalkan jubahnya dan meninggalkan fahaman tauhidnya ini sepertimana tercatat dan dinukilkan oleh ramai ilmuan Islam adalah berkenaan fahaman gurunya yg berfahaman muktazilah dan Imam Asha'ari meninggalkan fahaman muktazilah ini dengan simbolik menanggalkan jubahnya.Diantara isu perbezaan antara pembahagian tauhid kepada 3 dan fahaman Maturidi ialah tentang sifat 20. Maturidi telah menyusun 20 sifat-sifat Allah. Manakala pembahagian tauhid kepada 3 pula ada 1 bahagian yang dipanggil Aswa Wa Sifat yang bererti Nama dan sifat- sifat Allah. Semua nama-nama Allah adalah sifat Allah. Sebagai contoh Nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim , kedua ini adalah sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang. Jadi bagi yang berpegang pada Asma Wa Sifat , mereka tidak membataskan sifat Allah hanya ada 20 sifat sahaja tetapi semua nama Allah adalah sifat Allah.

Aqidah

Berkaitan