Aram-temaram
Aram-temaram

Aram-temaram

Aram-temaram (atau hanya Aram) merupakan pencahayaan atmosfera Bumi yang lebih rendah apabila Matahari sendiri tidak dapat dilihat kerana ia berada di bawah ufuk. Aram-temaram dihasilkan oleh cahaya matahari berserak di atas atmosfera, menerangi atmosfera rendah sehingga permukaan Bumi tidak benar-benar terang dan tidak juga gelap sepenuhnya. Perkataan aram-temaram juga digunakan untuk menunjukkan tempoh masa apabila pencahayaan ini berlaku.[1]Lagi jauh Matahari berada di bawah kaki langit, lebih malap aram (perkara-perkara lain seperti keadaan atmosfera adalah sama). Apabila Matahari mencapai 18 darjah di bawah kaki langit, kecerahan aram adalah hampir sifar, dan aram petang menjadi waktu malam. Apabila Matahari kembali mencapai 18 darjah di bawah kaki langit, waktu malam menjadi aram pagi. Disebabkan kualiti yang tersendiri, terutamanya jika tiada bayang-bayang dan kemunculan objek membayang terhadap langit cerah, aram-temaram telah lama menjadi popular dengan jurugambar, yang merujuk kepadanya sebagai 'cahaya baik', dan pelukis, yang merujuk kepadanya sebagai jam biru, sempena ungkapan Perancis, l'heure bleue.Aram-temaram tidak patut dikelirukan dengan aurora, yang boleh mempunyai penampilan yang sama di langit malam di latitud tinggi.Sebagai perbandingan dengan aram petang, perkataan aram juga kadang-kadang digunakan sebagai metafora, membayangkan sesuatu yang semakin kabur, kehilangan kekuatan dan menghampiri penghujungnya.

Rujukan

WikiPedia: Aram-temaram ftp://ftp.flaterco.com/xtide/Bowditch.pdf#238 http://www.ga.gov.au/geodesy/astro/sunrise.jsp http://www.gandraxa.com/length_of_day.xml http://www.jewishencyclopedia.com/articles/14114-s... http://www.spectralcalc.com/solar_calculator/solar... http://adsabs.harvard.edu/abs/1979ApJS...41..391V http://adsabs.harvard.edu/abs/2005JGRD..11009209M http://www.ecfr.gov/cgi-bin/text-idx?SID=5322094d5... http://marsrovers.jpl.nasa.gov/spotlight/20060807.... http://www.spc.noaa.gov/publications/corfidi/sunse...