Arca ialah
patung yang menggambarkan sesuatu
entiti yang khusus, biasanya
manusia, peristiwa,
haiwan atau
objek. Tumpuannya ialah
perlambangan.Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Ia bertujuan sebagai
seni awam yang dipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awam untuk menegaskan sesuatu kepada para orang lalu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.Kekadangnya, arca-arca pada dirinya mengilhami peristiwa bersejarah sendiri. Umpamanya pada tahun
1986, apabila
Patung Liberty meraikan hari ulang tahunnya yang ke-100, suatu perayaan tiga hari diadakan yang menarik 12 juta orang. Perayaan ini dikatakan merupakan peristiwa awam yang terbesar di dunia sehingga hari ini. Senarai tetamunya amat unik. "Kami menjemput semua arca agung di dunia ke majlis hari jadinya dan mencipta boneka-
boneka raksasa untuk mewakili arca-arca tersebut", kata
Jeanne Fleming, pengarah acara itu. Setiap arca tiba dengan diiringi oleh muzik asli."Terdapat sebuah
legenda bandar tentang kod untuk mencipta arca penunggang
kuda. Kuku kuda dikatakan menunjukkan bagaimana penunggangnya menemui ajalnya. Satu kuku kuda diangkat naik menunjukkan bahawa penunggangnya maut kerana cedera parah atau juga hanya dilukai dalam pertempuran. Sebaliknya, dua kuku kuda diangkat naik menunjukkan bahawa penunggangnya dibunuh dalam pertempuran. Walaupun demikian, sebuah tinjauan tentang arca-arca penunggang kuda di kebanyakan bandar raya
Eropah yang utama menunjukkan bahawa legenda bandar ini tidak berasas. Walau jika legenda tersebut adalah benar, amalannya kelihatan pupus pada
abad ke-19.
[1] [2]