Isotop Argon

Rencana utama: Isotop argon

Isotop-isotop utama argon yang ditemui di Bumi ialah 40Ar (99.6%), 36Ar (0.34%) dan 38Ar (0.06%). 40K yang terbentuk secara semula jadi dan mempunyai separuh hayat 1.25 × 109 tahun mereput kepada 40Ar (11.2%) yang stabil melalui penangkapan elektron atau pemancaran positron, dan juga kepada 40Ca (88.8%) melalui pereputan beta. Ciri-ciri dan nisbah-nisbah ini digunakan untuk menentukan usia batu-batan dengan kaedah pentarikhan K-Ar.[13]

Dalam atmosfera Bumi, 39Ar dihasilkan oleh aktiviti sinar kosmik, terutamanya dengan 40Ar. Dalam keadaan bawah permukaan, ia juga dihasilkan melalui penangkapan neutron oleh 39K atau pemancaran alfa oleh kalsium. 37Ar dihasilkan daripada perkecaian neutron 40Ca kesan daripada letupan nuklear bawah tanah. Ia mempunyai separuh hayat selama 35 hari.[13]

Argon istimewa kerana komposisi isotopnya jauh berbeza antara tempat-tempat berbeza dalam sistem suria. Sepertimana di Bumi, 40Ar akan menjadi isotop terbanyak sekiranya sumber argon utama sesuatu tempat ialah melalui pereputan 40K. Sebaliknya, argon yang dihasilkan secara terus daripada sintesis nuklear najam kebanyakannya terdiri daripada 36Ar yang dihasilkan melalui proses alfa. Berikutan itu, argon Matahari mengandungi 84.6% 36Ar, berdasarkan kiraan terhadap angin suria.[14] 36Ar julung mempunyai kelimpahan sebanyak hanya 31.5 ppmv (bahagian per sejuta mengikut isipadu) (= 9340 ppmv × 0.337%), setara dengan kelimpahan neon (18.18 ppmv). Atmosfera Marikh mengandungi 1.6% 40Ar dan 5 ppm 36Ar. Penerbangan kuar angkasa Mariner melepasi planet Utarid pada 1973 menemui bahawa Utarid mempunyai atmosfera yang sangat nipis yang mengandungi 70% argon, dipercayai terhasil daripada pelepasan gas tersebut sebagai hasil reputan daripada bahan radioaktif di atas planet tersebut. Pada 2005, prob Huygens juga telah mengesan kewujudan 40Ar di Titan, bulan terbesar planet Zuhal.[15] Setelah diukur, didapati bahawa nisbah tiga isotop argon, 36Ar : 38Ar : 40Ar, dalam atmosfera-atmosfera planet-planet luaran ialah 8400 : 1600 : 1.[16]

Oleh sebab 40Ar radiogenik menjadi isotop utama, berat atom standard argon di bumi lebih tinggi daripada unsur seterusnya, kalium. Hal ini mengelirukan pada masa argon ditemui kerana Mendeleev telah menyusun unsur-unsur dalam jadual berkalanya mengikut urutan berat atom, meskipun kelengaian argon menunjukkan bahawa ia sepatutnya diletakkan sebelum logam alkali kalium yang reaktif. Henry Moseley kemudiannya menyelesaikan masalah ini dengan menunjukkan bahawa jadual berkala sebenarnya disusun mengikut urutan nombor atom. (Lihat sejarah jadual berkala).

Rujukan

WikiPedia: Argon http://environmentalchemistry.com/yogi/periodic/Ar... http://elements.etacude.com/Ar.php http://query.nytimes.com/gst/abstract.html?res=9B0... http://www.geoberg.de/text/geology/07011601.php http://adsabs.harvard.edu/abs/1895RSPTA.186..187R http://adsabs.harvard.edu/abs/2003JChPh.119.6415C http://adsabs.harvard.edu/abs/2006JPhCS..29....1B http://adsabs.harvard.edu/abs/2008ApJ...674..607L http://adsabs.harvard.edu/abs/2012PhRvC..85f5811G http://www.nndc.bnl.gov/content/elements.html