Kegunaan Argon

Silinder-silinder yang mengandungi gas argon untuk kegunaan memadamkan api tanpa merosakkan peralatan pelayan.

Terdapat beberapa sebab argon digunakan dalam kegunaan tertentu:

  • Satu gas lengai diperlukan. Argon merupakan alternatif yang paling murah sementara nitrogen tidak cukup lengai.
  • Keberaliran terma yang rendah diperlukan.
  • Keperluan ciri-ciri elektronik (pengionan dan/atau spektrum pancaran).

Gas-gas adi yang lain boleh juga digunapakai bagi kebanyakan kegunaan ini, tetapi argon ialah gas adi yang paling mrah. Argon tidak mahal kerana ia merupakan bahan sampingan penghasilan oksigen cecair dan nitrogen cecair daripada unit pengasingan udara kriogenik, dan kedua-dua bahan ini digunakan dalam skala industri besar. Gas-gas adi yang lain (kecuali helium) juga dihasilkan sebegini, tetapi argon merupakan gas yang terbanyak dihasilkan kerana penumpuan gas ini dalam atmosfera adalah lebih tinggi. Argon banyak digunakan hanyalah kerana ia bersifat lengai dan ia agak murah.

Proses-proses industri

Lihat juga: Gas pelindung

Argon digunakan dalam beberapa proses industri bersuhu tinggi yang menyebabkan bahan-bahan yang biasanya tidak reaktif menjadi reaktif. Misalnya, atmosfera argon digunakan dalam relau elektrik grafit untuk mengelakkan grafit daripada terbakar.

Bagi sesetengah proses ini, kehadiran gas nitrogen atau oksigen mungkin menyebabkan kecacatan dalam bahan yang diproses. Argon digunakan dalam pelbagai jenis kimpalan arka seperti kimpalan arka logam gas dan kimpalan arka tungsten gas, dan juga dalam pemprosesan titanium dan unsur-unsur reaktif lain.

Argon ialah gas penyesak dalam industri ayam itik (poultry), sama ada untuk penakaian besar-besaran selepas berlakunya wabak penyakit, atau sebagai cara penyembelihan yang lebih berperikemanusiaan daripada mandian elektrik. Kepadatan argon yang agak tinggi menyebabkannya berada dekat dengan tanah sewaktu penggasan. Sifat tidak reaktifnya menjadikannya sesuai sebagai bahan makanan, dan oleh kerana ia menggantikan oksigen dalam jasad burung yang telah mati, argon juga memanjangkan hayat simpanan.[21]

Argon juga digunakan untuk memadam api sekiranya kerosakan pada peralatan ingin dielakkan.

Kajian saintifik

Argon cecair digunakan sebagai sasaran dalam pencarian jirim gelap secara terus. Interaksi zarah WIMP hipotetikal dengan nukleus argon menghasilkan cahaya sintilasi yang dikesan oleh tiub pengganda foto. Pengesan dua fasa juga menggunakan gas argon untuk mengesan elektron terion yang terhasil ketika serakan nukleus oleh WIMP. Seperti mana gas-gas adi cecair yang lain, argon memiliki kadar hasil cahaya sintilasi yang tinggi (~ 51 foton / keV[22]), lutsinar terhadap sinar sintilasinya sendiri, dan agak mudah untuk ditulenkan. Berbanding xenon, argon lebih murah dan mempunyai profil masa sintilasi tertentu yang membolehkan pembezaan antara sentak nuklear dan sentak elektrik. Namun, latar belakang sinar gama intrinsik argon lebih tinggi kerana pencemaran 39Ar, melainkan sekiranya seseorang menggunakan sumber argon bawah tanah dengan tahap keradioaktifan yang rendah. Antara pengesan jirim gelap yang berfungsi dengan argon cecair termasuklah WArP, ArDM, microCLEAN dan DEAP-I.

Rujukan

WikiPedia: Argon http://environmentalchemistry.com/yogi/periodic/Ar... http://elements.etacude.com/Ar.php http://query.nytimes.com/gst/abstract.html?res=9B0... http://www.geoberg.de/text/geology/07011601.php http://adsabs.harvard.edu/abs/1895RSPTA.186..187R http://adsabs.harvard.edu/abs/2003JChPh.119.6415C http://adsabs.harvard.edu/abs/2006JPhCS..29....1B http://adsabs.harvard.edu/abs/2008ApJ...674..607L http://adsabs.harvard.edu/abs/2012PhRvC..85f5811G http://www.nndc.bnl.gov/content/elements.html