Argon
Argon

Argon

Argon adalah sejenis unsur kimia dengan simbol Ar dan nombor atom 18. Ia terletak di dalam kumpulan 18 (kumpulan gas adi) jadual berkala. Argon adalah gas ketiga paling banyak dalam atmosfera Bumi; ia membentuk 0.93% (9,300 ppm) kandungan atmosfera. Kandungan argon dalam atmosfera adalah kira-kira 23.8 kali ganda lebih banyak daripada gas ke-4 terbanyak dalam atmosfera, karbon dioksida (390 ppm), dan lebih 500 kali ganda lebih banyak daripada gas neon (18 ppm). Hampir kesemua gas argon di atmosfera adalah argon-40 yang radiogenik, yang terhasil daripada pereputan kalium-40 di dalam kerak Bumi. Isotop argon terbanyak di seluruh alam semesta adalah argon-36, kerana isotop ini yang paling kerap dihasilkan oleh sintesis nuklear bintang-bintang dalam supernova.Nama "argon" diterbitkan daripada perkataan Yunani, αργον yang bermaksud "malas" atau "yang tidak aktif". Ini berkaitan dengan sifat argon yang hampir tidak melakukan sebarang tindak balas kimia. Oktet petala atom paling luarnya yang penuh (8 elektron) menjadikan atom unsur ini stabil dan tidak mengikat secara kimia dengan unsur-unsur lain. Suhu titik tigaannya pada 83.8058 K menjadi titik tetap pendefinisian di dalam Skala Suhu Antarabangsa 1990.Argon dihasilkan dalam peringkat industri dengan penyulingan berperingkat udara cecair. Kegunaan utama argon adalah sebagai gas pelindung lengai dalam proses kimpalan dan proses-proses industri bersuhu tinggi lain yang menjadikan bahan-bahan yang biasanya tidak bertindak balas, mudah bertindak balas. Misalnya, atmosfera argon digunakan di dalam relau elektrik grafit untuk menghalang grafit daripada terbakar. Gas argon juga digunakan di dalam lampu pijar dan pendarfluor, serta tiub-tiub nyahcas gas yang lain. Argon menghasilkan laser gas biru-hijau tersendiri.

Argon

Berat atom piawai (Ar) 39.948(1)
T (Pa)1101001 k10 k100 kpada S (K) Tekanan wap
T (Pa)1101001 k10 k100 k
pada S (K) 4753617187
pada S (K)  
Fasa gas
Bil. elektron per petala/cengkerang 2, 8, 8
Penemuan Lord Rayleigh dan William Ramsay (1894)
Ketumpatan pada stp (0 °C dan 101.325 kPa) 1.784 g/L
Keadaan pengoksidaan 0
apabila cecair, pada t.d. 1.40 g/cm3
Titik genting 150.87 K, 4.898 MPa
Keelektronegatifan Skala Pauling: tiada data
Jejari kovalen 106±10 pm
40Ar 99.600%
Nombor atom (Z) 18
41Ar syn
42Ar syn
Iso­topKelim­pahanSeparuh hayatMod reputanPro­duk36Ar37Ar38Ar39Ar40Ar41Ar42Ar
Iso­topKelim­pahanSeparuh hayatMod reputanPro­duk
36Ar0.337%adalah stabil dengan 18 neutron
37Arsyn35 hariε37Cl
38Ar0.063%adalah stabil dengan 20 neutron
39Arjarang269 thnβ−39K
40Ar99.600%adalah stabil dengan 22 neutron
41Arsyn109.34 minβ−41K
42Arsyn32.9 thnβ−42K
Blok Blok p
Haba pelakuran 1.18 kJ/mol
Tenaga pengionan
(lagi)
Jejari van der Waals 188 pm
Nombor CAS 7440–37–1
Takat tigaan 83.8058 K, ​69 kPa
Haba pengewapan 6.43 kJ/mol
Sebutan /ˈɑːrɡɒn/
Daya pengaliran terma 17.72x10-3  W/(m·K)
36Ar 0.337%
Pengasiangan pertama Lord Rayleigh dan William Ramsay (1894)
37Ar syn
Struktur hablur ​kiub berpusatkan muka
38Ar 0.063%
39Ar jarang
Takat lebur 83.80 K ​(−189.35 °C, ​−308.83 °F)
Rupa gas tidak berwarna dengan kilauan ungu apabila diletakkan di dalam medan elektrik bervoltan tinggi
Muatan haba molar 5R/2 = 20.786 J/(mol·K)
Konfigurasi elektron [Ne] 3s2 3p6
Kumpulan, kala kumpulan 18 (gas nadir), kala 3
Takat didih 87.30 K ​(−185.85 °C, ​−302.53 °F)
Kelajuan bunyi (gas, 27 °C) 323 m/s
Sifat kemagnetan diamagnet[1]

Rujukan

WikiPedia: Argon http://environmentalchemistry.com/yogi/periodic/Ar... http://elements.etacude.com/Ar.php http://query.nytimes.com/gst/abstract.html?res=9B0... http://www.geoberg.de/text/geology/07011601.php http://adsabs.harvard.edu/abs/1895RSPTA.186..187R http://adsabs.harvard.edu/abs/2003JChPh.119.6415C http://adsabs.harvard.edu/abs/2006JPhCS..29....1B http://adsabs.harvard.edu/abs/2008ApJ...674..607L http://adsabs.harvard.edu/abs/2012PhRvC..85f5811G http://www.nndc.bnl.gov/content/elements.html