Sebatian Argon

Model mengisi ruang argon fluorohidrida, HArF.

Oktet elektron argon yang lengkap menunjukkan subpetala s dan p yang penuh. Tahap tenaga luaran yang penuh ini menjadikan argon sangat stabil dan menentang pengikatan kimia dengan unsur lain. Sebelum 1962, argon dan gas-gas adi yang lain dianggap lengai secara kimia dan tidak boleh menghasilkan sebatian; namun, sejak itu sebatian gas-gas adi yang lebih berat telah berjaya disintesis. Pada Ogos 2000, sebatian argon yang pertama telah dihasilkan oleh para pengkaji di Universiti Helsinki. Dengan menyinari argon beku yang mengandungi sedikit hidrogen fluorida sinar ultraungu dengan sesium iodida,[17] argon fluorohidrida (HArF) telah dihasilkan.[2][18] Ia stabil dalam suhu sehingga 40 kelvin (−233 °C). Dikation ArCF2+
2 metastabil, iaitu satu isoelektronik valens dengan karbonil fluorida, telah diperhatikan pada 2010.[19]

Rujukan

WikiPedia: Argon http://environmentalchemistry.com/yogi/periodic/Ar... http://elements.etacude.com/Ar.php http://query.nytimes.com/gst/abstract.html?res=9B0... http://www.geoberg.de/text/geology/07011601.php http://adsabs.harvard.edu/abs/1895RSPTA.186..187R http://adsabs.harvard.edu/abs/2003JChPh.119.6415C http://adsabs.harvard.edu/abs/2006JPhCS..29....1B http://adsabs.harvard.edu/abs/2008ApJ...674..607L http://adsabs.harvard.edu/abs/2012PhRvC..85f5811G http://www.nndc.bnl.gov/content/elements.html