Sejarah Argon

Argon (αργος, Bahasa Yunani untuk "tidak aktif", yang merujuk kepada ketidakaktifan kimianya)[5][6] telah diramalkan kewujudannya dalam udara oleh Henry Cavendish pada 1785, tetapi tidak pernah diasingkan sehinggalah tahun 1894 oleh Lord Rayleigh dan William Ramsay di Scotland di dalam satu ujikaji di mana mereka mengasingkan kesemua oksigen, karbon dioksida, air dan nitrogen daripada satu sampel udara bersih.[7][8][9] Mereka telah menentukan bahawa nitrogen yang dihasilkan daripada sebatian-sebatian kimia adalah setengah peratus lebih ringan daripada nitrogen di atmosfera. Perbezaan ini kelihatan seperti tidak penting, tetapi ia cukup penting untuk menarik perhatian mereka untuk beberapa bulan. Mereka menyimpulkan yang ada satu lagi gas di dalam udara yang bercampur dengan nitrogen.[10] Argon juga telah ditemui pada tahun 1882 melalui kajian persendirian oleh H. F. Newall dan W. N. Hartley. Mereka telah memerhatikan garis-garis spektrum udara yang baru, tetapi tidak dapat mengenalpasti unsur yang menyebabkan garisan-garisan tersebut. Argon menjadi unsur gas adi yang pertama ditemui. Simbol untuk argon ialah "Ar", tetapi sehingga tahun 1957, simbolnya ialah "A".[11]

Rujukan

WikiPedia: Argon http://environmentalchemistry.com/yogi/periodic/Ar... http://elements.etacude.com/Ar.php http://query.nytimes.com/gst/abstract.html?res=9B0... http://www.geoberg.de/text/geology/07011601.php http://adsabs.harvard.edu/abs/1895RSPTA.186..187R http://adsabs.harvard.edu/abs/2003JChPh.119.6415C http://adsabs.harvard.edu/abs/2006JPhCS..29....1B http://adsabs.harvard.edu/abs/2008ApJ...674..607L http://adsabs.harvard.edu/abs/2012PhRvC..85f5811G http://www.nndc.bnl.gov/content/elements.html