Arif_Shah_Omar_Shah
Arif_Shah_Omar_Shah

Arif_Shah_Omar_Shah

Datuk Arif Shah Haji Omar Shah (lahir 2 November 1956) merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Seberang Jaya, Pulau Pinang selama dua penggal berturut-turut sejak 1999. Beliau dilahirkan pada dan merupakan anak ke-4 daripada keseluruhan 10 orang adik beradik. Mengikut Jeff Ooi, penulis blog yang juga Ahli Parlimen Jelutong, beliau merupakan adik kepada Tan Sri Amin Shah Omar Shah, bekas seorang ahli perniagaan Malaysia yang suatu masa dulu terkenal dengan industri perkapalan.[perlu rujukan] Beliau digelar oleh masyarakat Cina setempat sebagai "pek moh" (白毛), bermaksud "bulu putih" dalam Bahasa Hokkien, kerana beliau penuh dengan rambut putih.

Arif_Shah_Omar_Shah

Lahir 2 November 1956
Pekerjaan Ahli perniagaan, ADUN
Didahului oleh Raden Muhamad Amin Raden Hadi Munir
Kerakyatan Malaysia
Pasangan Datin Latifah Asmawi
Digantikan oleh Afif Bahardin
Parti politik BN-UMNO
Majoriti 533
Anak-anak 4 lelaki, 1 perempuan (15 - 30 tahun)
Kediaman Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya