Ariff_Bahran

Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari (Jawi: عاريف بهرن; lahir 15 Januari 1998) merupakan seorang penyanyi lelaki dan pelakon Malaysia. Beliau mula dikenali dalam kalangan peminat di Malaysia melalui single pertama beliau berjudul "Kata Akhirmu". Single pertama beliau menjadi runut bunyi bagi drama Cinta Hati Batu (TV3) dan berjaya meraih lebih 15 juta tontonan di laman YouTube sehingga 30 Januari 2019. Ariff Bahran juga mempunyai lebih 200 ribu pengikut di laman Instagram.Bahran juga mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Bahranators yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong kerjaya seninya.

Ariff_Bahran

Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Nama lahir Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari
Pengkarya berkait Pop Krew (BAEQ)
Big Stage
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Rusa Music
Kelahiran (1998-01-15) 15 Januari 1998 (umur 22)
Selangor, Malaysia
Genre Pop, Balada
Tahun aktif 2014, 2017–kini