Arnab (buruj)
Arnab (buruj)

Arnab (buruj)

Arnab (Bahasa Arab: الأرنب‎ al-ʾArnab), Kelinci, Terwelu, atau Lepus (Lep) ialah sebuah buruj yang terletak di selatan khatulistiwa samawi, benar-benar di selatan Orion (Belantik). Namanya dalam bahasa Latin bermaksud kelinci atau terwelu. Sungguhpun kelinci atau terwelu tidak mewakili mana-mana figura tertentu dalam mitologi Yunani, Lepus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Buruj ini terletak di selatan buruj Orion (sang pemburu), dan kadang-kadang diwakilkan sebagai kelinci atau terwelu yang dikejar oleh Pemburu atau, alternatifnya, oleh Anjing-anjing Pemburu milik Belantik.[1]Buruj ini tidak patut dikelirukan dengan Lupus (Serigala).

Arnab (buruj)

Sukuan NQ2
Keluasan 290 darjah persegi (ke-51)
Bintang Bayer/Flamsteed 20
Pancuran meteor
Tiada
Sebutan /lepus/; genitif /leporis/
Genitif Leporis
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) 2
Bintang dalam 10.00 pc(32.62 ly) 3
Simbolisme Arnab atau Kelinci atau Terwelu
Singkatan Lep
Nama Latin Lepus
Keserongan −20
Bintang paling terang α Lep (Arneb) (2.58m)
Bintang terhampir Gliese 229
(18.83 tc, 5.77 pc)
Bintang dengan planet 3
Buruj bersempadan
Objek Messier 1
Jarak hamal 6
Bintang utama 8
Keluarga Belantik